Thursday 14 June 2012

SURAH-SURAH AMALAN








Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Kita wajib merujuk Al-Quran dan As-Sunnah untuk kehidupan seharian kita. Al-Quran dan As-Sunnah adalah wasiat terakhir Nabi Muhammad S.A.W yang wajib untuk kita jadikan amalan. Membaca Al-Quran mampu menenangkan jiwa kita dan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Membaca adalah sunat, beramal dan beriman kepada Al-Quran adalah wajib. Terdapat beberapa surah-surah amalan untuk kita jalani hidupan seharian. InsyaAllah bila dibaca banyak fadhilat-fadhilat tersendiri.
1. Surah As-Sajdah
- Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata:
“Adalah Nabi Muhammad S.A.W membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) As-Sajdah dan (Hal Ata Alal Insan) Al-Insan.”
- Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”
2. Surah Yaasin
- Dalam sebuah hadith:
“Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin. Barangsiapa membaca surah Yaasin seumpama ia membaca seluruh Al- Quran sebanyak sepuluh kali.”
- Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang membaca Yaasin pada waktu malam untuk mendapatkan  keredhaan Allah, maka diampunkan dosanya pada malam itu.”
3. Surah Ad-Dukhan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada waktu malam, ia akan menikmati waktu pagi dalam keadaan mendapat keampunanan. Sesiapa yang membaca Haa Mim yang disebutnya padanya Ad-Dukhan ia akan menikmati waktu pagi dalam keadaan mendapat keampunan.” (Riwayat Ibnu Kathir)
4. Surah Ar-Rahman
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Bagi setiap sesuatu terdapat mempelainya, mempelai Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.”
(Riwayat Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman daripada Saidina Ali r.a.)
5. Surah Al-Waqi’ah
- Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, ia tidak ditimpa kemiskinan.” 
6. Surah Al-Mulk
Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia menyelamatkan sesiapa yang membacanya daripada seksaan kubur. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”
(Diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi)
- Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”
7. Surah Al-Insan
- Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) As-Sajdah dan (Hal Ata Alal Insan) Al- Insan.”
Semoga kita dapat mengamalkan surah-surah tersebut. Namun janganlah hanya tertumpu pada surah-surah tersebut, bukankah lebih indah jika kita mengamalkan dan membaca semua surah di dalam Al-Quran. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk mencari ilmu Allah.
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (keringnya), nescaya tidak habis ditulisnya kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Al-Luqman:27



24 Rejab 1433H


Wednesday 13 June 2012

TENTANG DIA


Second entry buat kali ni. Hehe. Berbalik pada tajuk entry, Tentang Dia. Dia? Siapa dia? Saja je nak bagi saspen , dia tu bukan siapa-siapa pun, aku sendiri. Hehehehehe. Lame

Apa yang hebat tentang aku? chewahh. perasan.  Aku bukan hebat pun, saja je nak puji diri yang khilaf ni, tak nak harapkan pujian dari orang, pujian dari diri sendiri diterima. Hehe. 

1. Cahaya Yang Mulia
Itu maksud nama aku, Nur Atiqah. Papa aku yang bagi nama tu, dan aku rasa bangga sangat-sangat dengan nama tu. Kenapa? Sebab... Itu memang nama aku sejak azali lagi. Dah tertulis itu memang nama aku. Hehe. 



2. Eil
Apa EIL tu? Ok. Tu nickname aku. Kenapa eil? Sebab nama itu dapat dari EEL, belut. Macam mana pulak belut tu ada kaitan dengan aku? Aku pun tak tahu. Nama ni dah ada dengan aku sejak sekolah rendah lagi. So yang panggil aku dengan nama ni just my old friends only. Reason kenapa belut? Maybe sebab aku licik macam belut kot . HAHAHA. Perasan. 


boleh jugak sebab ni kot.ok. aku tahu la aku buat lawak lame and bad in reaction =_=""

3. AKU TAKUT DENGAN ULAR
Ini benda serius, aku betul-betul tak suka kalau aku dikacau dengan binatang ni, buat aku rasa bengang, lebih-lebih lagi kalau time aku makan or tengah bad mood. Siapa-siapa yang kacau aku dengan benda ni, memang aku tarik muka dengan diorang. Tapi aku tarik muka tak lama, diorang kacau je, aku yang over. HEHEHE. Aku fobia dengan binatang ni, bila diingatkan tentang binatang ni aku terus hilang selera makan dan rasa mual tetiba. Geli! Kawan-kawan yang tahu fobia aku ni, diorang tak berani nak kacau, sebab diorang tahu aku tak suka dan aku akan pengsan bila takut yang over sangat. Tu la aku sayang sangat kawan2 aku. Diorang memahami. sob2. Tapi kan ada satu period tu, aku rasa macam nak bela ular je, diorang cute ok. Terbayang la aku ada baby python satu, tapi bila difikirkan sangat aku terus mual, nak muntah. Eeeee! 


takde pic k. aku takut nak letak. even gambar kartun je. =_="

4. Anak ke-2 
Aku anak ke-2 daripada 3 orang adik beradik. Apa special aku anak ke-2? Aku special sebab aku berada di tengah-tengah. HAHAHA. Anak ke-2 selalunya yang pelik antara yang lain. Kalau korang anak ke-2, cuba check personaliti dan deria rasa dalam semua benda korang amatlah pelik dari orang lain. Aku baca dari salah satu blog famous ni, mengatakan anak yang ke-2 memang pelik. Klik Di Sini Kalau Tak Percaya! Aku mengaku aku pelik sikit. Kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik aku, aku yang paling degil, aku yang paling manja (ni adik aku selalu gelar aku) ,hyperaktif, aku juga lah yang paling kuat merajuk dan paling kuat dibuli. sedih nya semua statement ni. Kalau dibandingkan dengan kawan-kawan pulak, taste aku yang paling pelik. Aku admit aku pelik. Tapi kan, pelik tu la personaliti aku dan membuatkan aku lain daripada yang lain. Accept the odds, diversity is awesome! pierah!


comel kan. comel macam aku. *perasan* 

5. Suka extreme sports
Kalau nak dikatakan minat, aku lebih cenderung kepada extreme sports. Walaupun aku belum lagi mencuba, tapi aku sangat suka akan extreme sports ni. Orang akan judge aku dari luaran, confirm diorang akan cakap aku gadis yang sangat ayu, yang tak akan buat kerja berat2, bla bla bla. Tapi bila dah kenal aku betul, diorang akan cakap perangai aku opposite dengan apperance. Well, get to know me and bring some happiness in my life. Wee. Banyak benda aku nak buat, bungee jumping, scuba diving, sky diving, mountain climbing and so on. Sekarang ni aku jatuh cinta dengan Muay Thai. I know, tak sesuai dengan aku, tapi serius, aku nak belajar muay thai. Walaupun aku kurus, tapi aku nak body fit. Hehe. Senang je nak buat aku happy, bawa aku buat outdoor game, serius aku akan suka. 



scuba diving paling aku nak nak sangat. my most favourite thing that I really wanted to do. walaupun aku tak pandai berenang, tapi serius aku nak. one day aku akan buat lesen diving. insyaAllah. doa2 kan. 





**kalau ada yang tak betul tu, korang tau apa? HAHAHA. just kidding. kalau korang rasa tak betul, comment la doh. =p


24 Rejab 1433H

PERMULAAN





ehem2. permulaan untuk sesuatu yang baru. aku start ber'blogging'. hehe. tarikh yang amat cantik untuk memulakan sesuatu yang agak lama aku tinggalkan. 13 Jun 2012 adalah titik permulaan. Kenapa aku pilih tarikh itu? Aku tak terfikir pun nak ber'blogging' lagi. Terfikir untuk berkongsi sesuatu namun aku tidak tahu di mana hendak berkongsi. Di facebook, twitter, tumblr semua aku sudah mencuba. Namun masih ada yang aku ingin kongsi dengan lebih dekat dengan semua orang. Alhamdulillah. Inilah titik permulaan. InsyaAllah berlanjutan sampai aku naik muak. Hehe. Tujuan utama untuk kembali ber'blogging' adalah untuk berkongsi pendapat, pengalaman, tentang diri, insyaAllah medan untuk berdakwah. 

sampai sini je kot.bukannya ada orang nak baca pun. 
p/s : 13 special tau sebab nombor favourite. hehe. 




23 Rejab 1433H