Tuesday 24 July 2012

PROJEK KALSOM 18





Salam Ramadhan buat semua. Aku baru selesai Projek Kalsom bermula dari 16 Julai-20 Julai 2012. Kelas dah bermula minggu tu, tapi oleh kerana aku ada tanggungjawab yang aku perlu laksanakan dan aku harus memberi commitment yang mantap, aku terpaksa korbankan masa kelas aku. Berbaloi jugak pengorbanan yang aku buat.  Sob. Sob. Terharu. Apa itu Projek Kalsom? Meh sini kalau nak tahu. Banyak pengalaman aku dapat dari Projek Kalsom 18. 18 tahun dah Projek Kalsom ni diadakan dan tahun ni pertama kali dekat Sarawak. Kamek org Sarawak! =D

Projek Kalsom ni membuka mata kepada pelajar-pelajar betapa pentingnya hala tuju untuk masa hadapan selepas SPM. Rata-rata pelajar tidak begitu jelas akan matlamat mereka selepas SPM. Begitu bertuah mereka diberi peluang untuk menyertai Projek Kalsom 18. Kalau dulu time sekolah langsung tak tahu macam mana nak mohon biasiswa dan hala tuju yang sebenar, yang tahu hanyalah letak nama universiti impian dan apa nak jadi kalau dah besar. Langsung tidak diberi pendedahan tentang BAGAIMANA caranya nak melaksanakan impian itu. Perhargaan yang tidak terhingga  kepada Projek Kalsom 18 kerana memberi pendedahan tentang biasiswa, bagaimana caranya untuk mencapai impian setiap pelajar dan membantu pelajar mengolah matlamat selepas SPM dan masa hadapan. Satu peluang dalam seribu. Sungguh bertuah kepada mereka yang mengambil peluang ini dan agak malang sedikit kepada sesiapa yang melepaskan peluang yang amat berharga ini. Pengalaman sebagai fasilitator Projek Kalsom 18, memberi seribu kemanisan dan penghargaan yang cukup bermakna. Menyelami hati setiap pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang tidak bernasib baik. Pengalaman ini membuka mata dan memberi pengajaran untuk terus berusaha dalam kehidupan. Aku pernah berada di dalam umur 16 tahun, 4 tahun yang lepas, umur untuk permulaan pengenalan tentang identiti sendiri, permulaan satu pemberontakan diri. Jika tidak dibimbing pada peringkat awal perubahan diri remaja, nescaya remaja akan mudah terikut-ikut akan perasaan dan naluri pemberontakan diri yang kuat. Projek Kalsom adalah satu caranya untuk menyelamatkan remaja-remaja yang semakin dinodai oleh arus kepincangan dunia. 

Melalui Projek Kalsom 18 ni, aku banyak belajar untuk terus berjuang dalam medan pembelajaran. Aku memberi motivasi kepada pelajar sekaligus secara tidak langsung memberi motivasi kepada diri aku sendiri juga. Berjumpa dengan orang-orang yang berhati murni dan mengikat silaturahim yang baru. Satu ukhuwah yang terjalin tidak mungkin sama sekali akan terlerai. Belajar kesilapan daripada kesilapan orang lain dan diri sendiri untuk menjadi manusia yang bertakwa dan beriman. Teringat kata-kata Mohd Zulikhwan, the best facilitator for Projek Kalsom 18, 'kejayaan tidak akan datang jika kita tidak berusaha,diri sendiri yang menentukan masa hadapan diri sendiri,bukan kesusahan yang akan menjadi penghalang untuk berjaya.' Kata-kata yang amat memberansangkan dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar dan juga fasilitator yang lain. 

Sayang, aku tak berkesempatan nak ambil gambar sepanjang Projek Kalsom 18. So gambar-gambar yang aku akan post ni, semua aku curi dari orang. Hehe. Sorry and Thank You. ;D



Ni gambar aku sendiri yang ada. hehe. Ni adik-adik aku. Nama kumpulan kami Scorpion, reason nama Scorpion dipilih, diam-diam berbisa. Semua diorang daripada lain-lain sekolah. Ada dari SMK Dato Permaisuri, SMK Merbau, SM Sains, SMK Lutong dan SMK Chung Hua. Dari kiri atas, Jasintya, Nurul, Suraya, Mazilah, Leyna, Ummi. Kiri bawah, Caroline, Cassandra & Fatin. Mereka sangat2 lah amazing, awesome and high determination. Mereka banyak membantu aku untuk terus berjuang dan  menyelami hati-hati diaorang, walaupun pada mulanya mereka amatlah kekok, namun aku bangga mereka semakin senang untuk berbual sesama mereka dan menonjolkan diri mereka yang penuh dengan keyakinan dan semangat. 

Adik2 selepas selesai melakonkan drama. Walaupun lakonan  tidak dapat diteruskan, aku cukup bangga dengan adik2 ku kerana mampu berada di atas pentas untuk overcome nervous dan fear mereka. Mereka dah mencuba yang terbaik, dan itu yang mereka dapat. Moga adik2 belajar daripada kesilapan dan terus bersemangat untuk menempuh kelemahan diri sendiri. 


Tak disangka-sangka akan kemenangan adik2 aku. Mereka memenangi Business Trading Game, satu permainan yang pada awalnya aku pun keliru, namun atas penjelasan daripada mereka, baru aku faham corak permainan ini. Kemenangan ini atas daya usaha mereka sendiri. Aku bangga dengan adik2 ku ni. Allah gantikan sesuatu yang lebih baik daripada kekecewaan  malam drama dipentaskan. 


Aku terpilih jadi judges untuk presentation Steve Jobs vs Bill Gates. Aku dipilih bersama-sama dengan Zamri dan Safrizal untuk menghakimi invention mana yang lebih perfect and creative. Mereka semua amatlah kreaif sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk memikirkan hal-hal yang dibentangkan oleh mereka. Syabas untuk mereka kerana mampu untuk mengembangkan buah-buah fikiran mereka dan  membentangkannya dalam English dengan berani dan berkeyakinan. 


Salah satu yang tidak mungkin dilupakan oleh pelajar-pelajar dan fasilitator yang lain adalah semestinya 'LAGU BUKIT'. Sangat menyeronokkan dan menguji minda. Ni lagu bukit. Tapi cover orang lain. Bukan dari kami Projek Kalsom 18. hehe. 


Persembahan daripada kakak2 dan abang2 fasi. Kami hanya prepare persembahan ini sejam sebelum dipersembahkan. Memang tunggang langgang tapi kami dah beri yang terbaik untuk adik2 kami. Ni juga pertama kali aku persembahkan dikir barat dan dikir puteri. Rahim dipilih sebagai tukang karut untuk lagu bukit. Lagu bukit sangat famous eh. ;)


Ni faci2 dan committee yang terlibat untuk Projek Kalsom 18 under kak Syasya. Nak test aku sendiri sama ada aku ingat x nama2 diaorang x. Lisa, Ain, Rahim, Stephen, TOP,  Farid,  Nadiah Munirah, Sabrina, Nadiah Azli, Jyja, Ahrthyh, Amalina, Sarah, Fiza, Farah, Jiji,  Zayana, Elena, Najah, Aira  Khairiyah, Afifah, Zamri, Fahmi, Zulikhwan, Faizal, Suhaib, Danial, Jonathan & Safrizal. Ada yang tertinggal tak? Hehe. Kalau untuk Curtin E-Fact yang join, Aku, Syazwani, Ila, Ira, Farah, Wawa, Ain, Kash, Hakem, Hafiz & Mamat. Ada yang tertinggal jugak ke? Hehe. Mereka sangatlah amazing, walaupun awalnya agak kekok nak tegur, tapi mereka sangat best. Aku pemalu orangnya so ada sesetengah aku tak borak2 sangat. Susah nak buang rasa malu yang menebal dalam diri aku ni. Hehe. Sangat best bila berkongsi & bertukar cerita. Pengalaman baru diterokai. Hari sebelum aku join Projek Kalsom dah nervous tahap apa, sebabnya nervous nak jumpa2 orang2 yang study overseas & fluent English, so aku terasa amat kecil di situ. Tapi apabila berhari bersama mereka, mereka memberi aku semangat yang baru. Memberi aku keyakinan untuk berjumpa dengan lebih banyak lagi amazing people di luar sana. 


Gambar curi lagi. Hehe. Tu aku bersama Kak K, Fahmi & Zamri. Time ni ada aktiviti Career Fair, open booth untuk pelajar2 menyelami & diberi penjelasan jelas tentang bidang2 yang ingin diceburi.  Mantap sangat. ;)



With my bestfriend, Syazwani. Tanpa dia, memang aku lost kot dalam kem ni. Aku mudah rasa awkward dengan orang so dengan adanya Wani di sisi, hilang rasa kekok itu. Thanks a lot Syazwani Hanif! Love u! =D

Memang satu pengalaman yang amat bermakna. Pengalaman yang amat berharga. Kalau diberi peluang, nak lagi join Projek Kalsom, walaupun x dibuat di Sarawak ke nanti, rasanya sanggup untuk aku kumpul duit beli tiket dan perbelanjaan. Kalau kita buat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas, insyaAllah, Allah akan bantu memudahkan segala urusan. InsyaAllah nak teruskan perjuangan membantu sesiapa yang memerlukan. Mama aku tanya kenapa suka nak buat kerja-kerja macam ni, takut terabai pelajaran. And my answer, I do everything because of Allah. InsyaAllah tidak akan terabai pelajaran as long as pandai membahagikan masa. Kegagalan mengajar kita untuk terus berjuang. Gagal berkali bukan bermaksud kita tidak boleh berjaya, kegagalan itu menjadi akar umbi untuk meneruskan semangat perjuangan. Alhamdulillah semua sudah terbukti last semester. Nak terus mencuba mengekalkan keputusan yang ada dan mencuba yang lebih terbaik untuk semester ini. InsyaAllah. Please pray for me. Keep on faith. ;)


5 Ramadhan 1433H