Sunday 28 July 2013

SYUKUR.





Betapa beruntungnya kita mempunyai keluarga yang sentiasa menyokong kita dari belakang. Betapa beruntungnya kita masih mempunyai ibu bapa. Betapa beruntungnya kita dapat tinggal di rumah sendiri. Betapa beruntungnya kita mempunyai barang peribadi sendiri. Betapa beruntungnya kita diberi pancaindera yang sempurna. Sangat beruntungnya kita, tapi pernahkan ucapan SYUKUR diucapkan?

"Katakanlah, Dialah yang meciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."

[Al-Mulk:23]

Jangan kita menjadi orang yang sombong, orang yang tidak tahu menghargai apa yang sudah diberikan kepada kita. Orang yang sombong tidak akan dipandang oleh Allah. Kenapa kita perlu sombong kepada Allah padahal nanti DIA lah yang kita jumpa di akhirat nanti. Allah yang menghidupkan dan mematikan kita. Kenapa perlu sombong tidak beribadah kepadaNya. Ingat, kita punya satu tujuan hidup di dunia ini, kita hidup semata-mata mencari keredhaan dariNya. 

"While you hating your life because you can't get what you want, someone is wishing to have a life like yours!"

Think before you complain.

Nukilan dari hati, pesanan buat diri sendiri, perkongsian buat semua. 

18 Ramadhan 1434H


KEHIDUPAN







Soalkan pada diri, 

Untuk apa masa sihatmu, untuk apa masa mudamu, untuk apa kekayaannmu, untuk apa masa lapangmu, dan yang paling penting untuk apa hidupmu. 

Tidakkah kita terfikir satu kehidupan yang tercipta untuk kita, tapi untuk siapa kita menjalani kehidupan ini. Tidakkah kita terfikir senangnya susahnya hidup ini, tapi kenapa kita diberi kesenangan dan kesusahan. Tidakkah kita terfikir siang dan malam bersilih ganti, tapi bagaimana ianya berlaku. Tidakkah kita terfikir bila masanya jantung ini berhenti, tapi ke mana kita akan pergi selepas kita mati. 

Hidup ini sudah elok diatur, aturan yang cukup indah buat kita. Tidak pernah lambat, tidak pernah cepat, tidak pernah kurang, tidak pernah lebih. Nikmat yang diberikan sangat banyak perhitungannya. Jadi mengapa kita masih sombong, mengeluh, memandang ringan, mengutuk akan nikmat-nikmat yang diberikan?

"Maka nikmat Allah mana lagi yang kalian dustakan."

Ar-Rahman

Ingat 5 perkara sbelum 5 perkara. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Kematian itu benda yang pasti. Belum terlambat lagi untuk bertaubat kepadaNya, jangan sampai waktu mati baru kita ingat siapa Tuhan kita. 



"Katakanlah, sesungguhnya ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan alam semesta."

[Al-An'am:162]

Nukilan dari hati, peringatan buat diri sendiri, perkongsian buat semua. 

18 Ramadhan 1434H


TABAH



Jadikan episod semalam sebagai guru untuk mengajar kita bahawa hidup tidak semudah yang disangkakan. Kekuatan dan ketabahan diri itu perlu untuk mengekalkan keyakinan diri. Jadikan pengalaman dan kesusahan sebagai titik utama untuk kita terus berjuang dalam arena dunia. Kita tidak mahu kalah sebagai pejuang, tetapi kita mahukan kemenangan untuk menjadi pengembara yang boleh mengemudi badai yang melanda. Kita tidak mahu menjadi orang semalam yang mudah mengalah dan mengeluh. Binalah harapan baharu dan segunung pengharapan hanyalah kepadaNya semata-mata. Orang yang kalah dalam berjuang adalah orang yang tidak tahu memanfaatkan apa yang ada dalam kehidupannya. Bangkitlah, hidup ini harus diteruskan. Tidak mungkin adanya kesenangan tanpa disulami kepayahan. Semoga hari yang mendatang lebih baik dari semalam. 

Nukilan dari hati, pesanan buat diri sendiri, perkongsian buat semua.

18 Ramadhan 1434H


Tuesday 23 July 2013

HOLIDAY



Salam Ramadhan.

Sepetang di kampungku.


Rasanya lama dah tak update blog. Sekarang aku tengah semester break, asal semester break mesti aku kat kampung aku di Sibu. Nampak tak gambar kat atas tu, tu la rumah kampung tercinta aku, yang hijau tu la rumah aku. Duduk kat kampung lebih selesa dari duduk kat rumah aku di Miri tu. Kat kampung aku dapat bersama dengan nenek aku yang tercinta. Now, nenek aku tak berapa sihat sangat,  2 minggu lepas nenek aku operate mata, nasib operate tu guna laser so kesakitan after operate tu terasa sangat. 

Well, apa yang aku buat semester break ni so far? Hmm. Nak cakap tentang result ke? Result dah keluar and tak yah nak agak-agak sangat la. Tu rezeki masing-masing. Lulus ke gagal terimalah dengan hati yang redha. Bukan tak mencuba, sudah mencuba tapi mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Terlalu letih mencuba, letih ke mencuba? Apa guna berasa letih mencuba jika kita tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Sudah mencuba, tawakal dan redha yang perlu. Kita sebagai orang Islam, jangan suka menyalah takdir. *sigh* *pandang kat luar tingkap*

Okay. Berbalik kepada soalan, apa yang aku buat cuti ni? Well, macam kebiasaan cuti-cuti lain, aku tak kerja, duduk kat rumah jadi 'surirumah", babysitter and grandmasitter sepanjang masa. Ada jugak istilah grandmasitter kan? Memandai je. Cuti tak semestinya aku cuti dari kerja-kerja yang diberikan kepada aku. Nanti masuk semester baru ada dua kem yang memerlukan aku untuk merangka apa yang patut dibuat sebelum dan semasa kem, aku punya kem, Social Awareness Camp dan aku sebagai assistant project manager untuk John Curtin Leadership Camp. Pastu nak buat pencalonan baru untuk Curtin Islamic Society and memikirkan idea sikit untuk event-event yang akan datang. *raup muka* 

Tapi disebabkan nenek aku perlukan masa untuk dijaga and menjaga 'anak-anak' aku yang bermacam kerenah, kerja-kerja aku nak buat tu pun terbengkalai. Tapi aku ada jugak masa nak baca novel. Yes, dalam sehari memang tak miss nak baca novel.



Ni la 'anak-anak' aku.

Itulah diorang, macam-macam kerenah nak dilayan, budak-budak la katakan. Nak jaga sorang payah, cuba bayangkan enam sekali. Si kecik tu lagi la, senang nak menjaga cuma kalau dah merajuk tu, setahun dapat pujuk. Yang lain tu kadang-kadang degil, tak nak dengar kata, tapi yang bagusnya diorang berbudi, dengar nasihat orang, suka menolong. Tengok la siapa menjaganya. Hehe. Tapi tak pa la kan, diorang ni sebagai latihan untuk aku menjaga anak-anak aku sendiri di masa hadapan. Tak sabar nak ada anak sendiri. *aduh*

Tapi paling bermakna cuti ni, sempat jugak aku merasa sebulan berpuasa di kampungku yang tercinta. Dah lama kot tak merasa ramadhan kat kampung sendiri, lebih-lebih lagi sebulan lagi tu. Dulu time kecik-kecik je merasa. Pastu dah pindah Miri, balik kampung pun nak dekat raya. Peluang ni aku tak sia-siakan, terawih kat kampung jugak la paling syiok. Tapi part yang paling aku tak suka, tau-tau la budak kampung suka sangat mengacau, aku buat-buat tak kisah pun. Semestinya jual mahal, walaupun dalam hati ni takut bagai nak apa, bukan apa takut, aku tak suka dikerumuni dan dipandang macam nak terkeluar biji mata tu. Lebih rasa menyampah sikit, budak belasan yang muda beberapa tahun dari aku, ada hati nak mengacau jugak, tau la akak ni comel *batuk* tapi sedarlah aku ni pangkat kakak, umur aku ni pun boleh dikatakan pangkat mak jugak. Haish. Budak-budak sekarang. *sigh*

Minggu ni aku and makcik aku start dah buat kuih and biskut raya. Buat sendiri lebih rasa kenikmatannya, lebih terasa nak menyambut raya. Hehe. Kita orang nak buat kuih and biskut lama-lama dulu, bak kata pepatah tak lapuk dek ditelan zaman. Benda-benda yang lama orang suka and nak kenalkan kepada generasi baru-baru ni. Tak sabar rasanya nak 'berperang' dengan tepung. Uweeee.

Agaknya sampai di sini sajalah coretan aku. Melebar coretan bukannya ada orang nak baca pun. Lagu "Sungai Lui" by Aizat Amdan dimainkan tatkala aku sedang menaip coretan untuk entri ni. Deep meaning and last but not least, aku sertakan gambar awan yang aku sempat ambik 2 hari lepas. Subhanallah. Sungguh indah. 




"Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." 

Al-Rum:48

14 Ramadhan 1434H