Wednesday, 24 July 2013

HANTU NOVEL


sekadar gambar hiasan

Berbalik kepada tajuk entri kali ni, tentang novel. Perempuan suka baca novel, lelaki pun tak terlepas dari hobi ni kan. Mengaku cepat mengaku. Hahaha. Baca novel ni sekadar mengisi masa yang terluang. Tak kira la novel genre apa, cinta, thriller, politik, kembara, motivasi dan macam-macam lagi, semua orang suka baca novel. Lelaki jangan tak nak mengaku eh, korang pun ada yang suka melayan novel kan. Novel Melayu ke, english ke, tamil ke, apa jenis bahasa la korang pilih, membaca novel ni boleh dikatakan menjadi satu hobi dalam kehidupan sesiapa je. Termasuk aku, aku memang hantu membaca novel sejak di bangku sekolah lagi tapi time tu aku hanya pinjam novel dari mak cik aku la. Aku tak memiliki novel tersendiri, sekadar pinjam-pinjam je. Tak nak bazir duit sebenarnya. Cakap je kedekut. Hehe. 

koleksi novel mak cik aku.

Gambar atas tu koleksi-koleksi novel kepunyaan mak cik aku. Tu baru separuh, ada lagi tapi ada yang dipinjam dan beberapa lagi aku kebas. Hehe. Dia memang hantu novel, rajin membeli novel. Tapi tu zaman dulu kala, zaman ketika muda katanya hehe and mostly novel-novel yang dimiliki mak cik aku tu novel lama-lama dulu. Novel daripada Sharifah Abu Salem, Aina Emir, Aisya Sofea, Fauziah Ashari, Anis Ayuni, H.M Tuah Iskandar, Ramlee Awang Murshid, Damya Hanna, Sri Diah, Norhayati Berahim dan banyak lagi. 

my favourite novel

Tu adalah novel yang paling aku suka baca sejak aku mula baca masa Form 2 dulu, tak terkira berapa kali dah baca tapi yang pasti aku tak jemu membacanya. Novel tu antara novel yang aku kebas daripada mak cik aku. Aku tak tahu kenapa aku suka sangat novel ni maybe sebab aku suka jalan cerita percintaan dua insan yang tak pernah berjumpa pastu after banyak dugaan akhirnya end up together. Typical cerita novel la kan happy ending last2. And aku rasa novel ni dekat sangat dengan aku, aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa dekat sangat dengan novel ni. Apa punya bahasa la aku ni.

my favourite latest novel 

Novel terkini yang aku paling suka baca. Berapa kali dah aku membacanya, serius aku sangat suka. Novel yang sangat santai, bahasa yang sangat santai, watak yang sangat santai semua santai la. Aku suka jalan cerita dia. Romantik and menggoda. Haha. Novel ni sedikit banyak membantu untuk menghadapi seorang suami yang cold as a ice, hati batu, kepala keras macam konkrit. Harapnya aku tak berjumpa la lelaki macam tu sebab aku jenis yang macam tu. Kalau dua-dua dah hati batu, kepala keras, cold as a ice memang tak jalan la. Ha! *sigh* So, sapa-sapa yang belom baca, dipersilakan untok membaca. 




Aku baru menghabiskan Sebenarnya Saya Isteri Dia, dekat drama banyak lari la cerita dia, dah namanya drama memang la tak ikut novel, tapi kan lebih syiok kalau ikut. Novel ni bagi aku okay la, tak la sampai nak baca untuk kedua kalinya. Baca sekali pun dah cukup, tebal o. Novel Lelaki Esklusif pun akan dijadikan drama ke filem aku pun tak tau, yang aku tau Nora Danish yang akan berlakon nanti, aku tau kenapa dia terpilih sebab nama watak dalam novel ni, Nora Danisha. Haha. Dua-dua novel ni cukup la aku baca sekali, bukan aku tak minat cuma aku tak berkenan sangat dengan jalan cerita dia. Hehe. Dua-dua novel ni mak su aku punya. Dia pun start dah membeli novel semenjak novel-novel dah diadaptasikan menjadi drama atau filem. 

Minat aku cenderung kepada novel thriller lebih-lebih lagi novel daripada Ramlee Awang Murshid. Dulu aku tak berkenan sangat nak baca novel thrill-thrill ni, sebab aku takut. Hehe. Tapi dah meningkat dewasa, aku sangat terpikat dengan novel thriller. Aku suka membayangkan apa berlaku, so membaca novel thriller ni seolah-olah aku dalam dunia yang lain, aku mengikuti setiap jalan cerita yang diceritakan, seolah-olah aku la pulak watak dalam novel-novel tu. Haha. Over gila aku. Mak su aku pun banyak novel-novel thriller, paling banyak novel dia ada daripada 2 novelis thriller terkenal iaitu Zaifulzaman and Ramlee Awang Murshid. Mak su aku pun dah jadi hantu novel sekarang. 

Tak lupa jugak kakak aku pun dah jadi hantu novel jugak dah. Kakak aku ada novel Suamiku Ustaz yang jugak dah dijadikan filem. Kakak aku study kat USM so kat Semenanjung senang nak cari novel and murah berbanding dekat Sarawak ni. So, aku tak yah la pusing-pusing nak beli novel sebab aku ada 3 orang hantu novel, yang sorang tu, mak cik aku dah 'bersara' jadi hantu novel tapi novel lama-lama dia memang belom habis aku 'menjelajah'.

Lepas ni aku nak kumpol novel-novel english pulak. Ha! Diorang novel-novel melayu, aku nak kumpol novel-novel english pulak. Hee. Semua ni datang dari minat, dah namanya minat, wang ringgit tolak ketepi, ni la dinamakan hobi. Mana tau boleh buka mini library kan. Bukankah membaca itu jambatan ilmu. 

sekadar gambar hiasan

Sekarang ni aku tengah melayan novel Semanisnya Cinta by Anis Ayuni. Kebetulan aku baca and aku tengok twitter kak Fazura, novel ni akan dijadikan filem ke drama, yang aku tau Shaheizy Sam, Nur Fazura berlakon watak utama. Saya suka kak Fazura! hehe. Oh ya! Fattah pun ada berlakon gak, ditanya watak apa dilakonkan, boleh pulak dia lupa. Haha. Dia busy tu, banyak benda nak kena ingat. Tak pe, kita di sini setia sokong awak Fattah. *wink2*

belom habis baca lagi.

Setakat ni je coretan aku. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa! 

15 Ramadhan 1434H










No comments:

Post a Comment