Saturday 17 January 2015

SITI NUR NABILA


Salam buat pembaca,


How's your day so far? Kak tiqah rajin nak update blog sekarang ni. Banyak benda nak dikongsikan sampai satu tahap tak tahu mana nak post and apa nak ditulis. Kesian banyak dah terkumpul dalam draft. Entri kali ni lain sikit. Tengok tajuk entri pun dah tahu. Nama orang. Siapa tu? Ha. Entri ni khas untuk someone special dalam hidup kak tiqah.

Siti Nur Nabila Binti Ahmad Shah. 

Entri ni khas buat awak cik Nabila. Hadiah untuk ulang tahun ke-22 awak. Harapnya awak tak marah ye. Hehehe. Dalam entri ni saya akan bawak awak mengimbas balik kenangan kita sama-sama. Masuk semester baru nanti, tu last semester awak dan last semester kita nak spend time together. Janji satu dengan saya sepanjang awak baca ni, jangan nangis k. Saya takda kat tepi tu nak peluk awak. Senyum sikit. Bukan niat saya nak buat awak sedih. Saya nak abadikan memori kita dalam blog saya. Takut saya tak ingat. Maklumlah, umur makin meningkat. Maaflah kalau tak menarik.


Kita balik ke tahun 2011. Tahun pertama kita berjumpa. Saya masih ingat lagi, first  time saya tengok awak duduk kat kerusi depan surau dengan kak ira. Saya ingatkan awak bakal senior baru saya. Lepas tu, kita jumpa kat cafe. Saya panggil awak ke meja. Awak baru beli makanan untuk buka puasa awak masa tu. Saya tanya nama awak, dengan ayunya awak jawab, Siti Nur Nabila. Masa tu saya excited sebab saya dah nampak nama awak sama kelas dengan saya. Amazingly, kita terus rapat macam dah kenal lama kan.

Masa dah masuk second week kelas, awak dah tunjuk diri awak sebenar. Awak tak malu-malu dengan saya lagi. Saya ingat lagi, saya cerita kat awak tentang lelaki yang saya suka and about my first crush kat Curtin. Padahal kita baru kenal, tapi lagaknya macam dah kenal lama. Okay saya ulang ayat di atas. Lawaknya tahun pertama kita kenal each other, our main conversation is about lelaki and kpop walaupun masa tu saya dah berhenti jadi kpoper tegar. Memory paling best tahun tu, masa EFPC kita. Kita dalam group sama, buat bridge from popsicle stick. Tiga trial baru jadi bridge kita kan. Kita berdua je buat masa tu. Awak sabar je dengan kerenah "perfectionist" saya. Ingat lagi pakwe lama D awak tu. Kesian dia, awak selalu marah and buli dia. HAHAHAHAHA. Bukan pakwe betul ye. Groupmate yang sangat 'menghiburkan' hati. Salah faham pulak kan nanti orang baca rupanya cik Nabila ada pakwe masa tu. 



Masuk tahun 2012, kita start study sama-sama. Study kat NSA. Stay malam-malam kat kampus, tidur and pagi baru balik mandi. Stay kat rumah awak pun ada jugak. Tengok drama korea, 90210 and The Vampire Diaries kan. And paling tak dilupakan, kenangan paling lucu kita. Awalnya rasa seram tapi jadi lawak pulak. Saya, awak, aishah, shakinah dan syadza on the way nak balik rumah awak terdengar bunyi pelik. Malam jumaat pulak tu. Kita terus pecut dan lari macam orang gila, sampai saya lencun kena lauk. Tahun tu jugak kita start berbonanza. We love sushi. You love unagi. But I don't eat unagi. Kita spent time dengan yang lain-lain, makan steamboat and paling best, bbq kat Tanjung Lobang. And first time kita sambut hari raya haji sama-sama. 




Tahun 2013, cik Aishah kita kahwin. First kawan awak kahwin. Kalau boleh nak ulang lagi tahun 2013 tu sebab banyak memori best yang berlaku tahun tu. Kita makan ramai-ramai kat Sajian Warisan, waktu raya kita serbu rumah cik Fatin dan Mahadhir, pergi trip ke Tokuyama, sambut birthday saya kat Pizza Hut, kita join hari sukan, main futsal sama-sama dengan Win, Kevin, Siti, Syaza, Najib and yang lain sy tak kenal sampai kasut saya tercabut and you are really good in futsal, kita jumpa Imam Muda Asyraf dan Ustaz Zahazan, tahun last kita spend time dengan Aot and Dira, kita main bowling and stay kat Eastwood dengan Kak Adda, Aishah pregnant and awak jadi APM untuk Charity Run. Banyak lagi yang berlaku tahun tu. Saya tak berapa ingat sangat, tengok gambar-gambar baru saya ingat. Tapi saya yakin awak ingat semua kan. And our bestfriend tag. Saya masih simpan video tu. 


 

Masuk tahun 2014, kita jarang ada masa sama-sama. Tahun tu saya dapat lesen. Benda yang kita selalu komplen tahun sebelum ni, "Kalaulah awak ada lesen". Bila dah dapat lesen, keadaan pulak tak menyebelahi kita. Awak busy, saya busy. Walaupun awak busy, kita still ada memori together, walaupun sikit tapi bermakna. Sushi king bonanza, kita sambut birthday Shakinah and Fatin kat Teh Tarik Station and catch up our time together habis exam. Main Xbox. Tu kan nama dia. Hahaha. Awak suka kan and awak buat saya addicted jugak dengan benda tu. And, our last sambutan hari raya. Lepas ni kita takda sambut raya sama-sama lagi.



Awak, Siti Nur Nabila Ahmad Shah. Sepatutnya kita habiskan degree sama-sama. Kita pegang topi segi empat tu sama-sama. Tapi, saya tersungkur. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Semester ni nanti last semester kita sama-sama. Luckily, saya ada satu unit sama dengan awak. Saya tak dapat nak bayangkan kalau awak takda lagi dekat kampus nanti. Saya tak dengar bebelan mak nenek awak lagi, saya tak dengar awak punya gelak, saya tak dengar awak punya cerita, saya takda orang nak share cerita mengarut saya, saya takda orang nak saya mengadu lagi, saya takda orang nak dengar tentang crush baru, saya takda orang nak tunjuk ajar apa-apa lagi, saya takda orang nak bagi nasihat, saya takda orang nak bagi saya semangat, semua ni saya akan rindu sangat-sangat nanti. Memang ada yang lain, tapi Siti Nur Nabila Bt Ahmad Shah ni hanyalah seorang saja. Awak jangan nangis. Saya sorang je nangis takpe. Hahaha. 

Hari ini hari bermakna buat awak, awak dah masuk 22 tahun. Saya sangat bangga ada sahabat macam awak, sahabat yang mengingatkan saya dengan Allah. Awak sahabat yang baik Nabila, semua orang suka bila bersama dengan awak. Awak umpama satu lagu yang ceria, tak pernah tak buat orang senyum. Awak seorang yang kuat, walaupun ada masalah yang datang, awak terus bangkit. Awak sangat mulia hatinya nabila, awak tak suka tengok orang susah, awak akan cuba sedaya upaya bantu walaupun awak ada benda lain nak settle, tapi awak tetap akan ada di situ bila orang perlukan awak. Saya bersyukur sangat dipertemukan dengan Siti Nur Nabila Bt Ahmad Shah. Untung abah dan mak awak lahirkan dan besarkan awak. 

Saya doakan awak, Siti Nur Nabila Bt Ahmad Shah supaya sentiasa berjaya di dunia dan akhirat, semoga terus istiqamah mencari cinta dan ilmu Allah, terus percayakan diri awak, lepas ni awak akan tempuh dunia yang baru, moga awak terus kuat dan never ever give up. Semoga awak sentiasa dilindungi olehNya, dimurahkan rezeki dan setiap apa yang awak lakukan diberkati. Semoga berjumpa dengan seseorang yang mampu menggembirakan hati awak, yang mendekatkan lagi awak dengan Allah dan mampu memberikan awak kebahagiaan yang awak impikan. Semoga menjadi muslimah yang sejati dan yang memberi manfaat kepada ummah. Saya mohon maaf atas segala kesalahan yang saya lakukan dalam sedar ataupun tak, maaf jika pernah saya sakitkan hati awak, bahasa saya yang buat awak terluka dan perlakuan saya buat awak kecewa. Saya sayang awak fillah. Teruslah genggam tangan ini dan sama-sama kita mendapat keredhaanNya. Semoga kita jumpa lagi kat Jannah nanti. Aamiin.


"Sahabat yang beriman ibarat mentari menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah SWT."


Moga persahabatan ini tak berhenti hari ini dan terus berkekalan hingga ke Jannah. Sampai berjumpa lagi. Moga Allah redha.


Sanah helwah Siti Nur Nabila Bt Ahmad Shah.

Looking back and I realised I can't thank you enough for all of this amazing experiences. May it'll remain as a wonderful memories ever. 



Lagu Yuna, full album 2012 dimainkan masa taip entri ni. Our favourite singer ni nabila. And Nabila, you'll remain as my most favourite thing. ^^



Keep smiling. It's Sunnah. It's charity. It's free.

26 Rabi'ulawal 1436H

Sunday 11 January 2015

DREAM




Salam buat para pembaca,

Rajin pulak aku nak update blog bagai kan. Takda kerja, apa kata aku luangkan masa kat blog. Tapi kan masalahnya, idea selalu datang tengah-tengah malam gitu. Sedap tak gambar atas tu. Sedap kan. Dari gambar pun boleh nampak sedapnya. Boleh agak tak aku nak tulis tentang apa ni. Main berteka-teki la pulak kan. Tajuk pun "Dream", so apa kaitan gambar comel lote tu dengan tajuk. 

Sedia maklum aku ambik course chemical engineering. Memang pilihan aku nak jadi engineer. Aku suka juga menulis, menulis sajak tu hobi aku. Nak kata minat, baking and cooking. Yes! Especially baking. Aku suka benda-benda manis ni. Sweet tooth la katakan. Salah satu impian aku adalah nak bukak kedai pastri. Kalau dalam french, patisserie. Oh my! Nak berbicara tentang ni pun aku rasa nak loncat-loncat. 

I'm a dreamer. Tak salah pasang impian. Aku kira bila dah 8 tahun dah jadi official Process Engineer, nak bukak kedai pastri ni. Kalau jodoh datang awal (kahwin), and ditakdirkanlah pulak aku ada anak, aku nekad nak kurangkan kerja sebagai engineer. Aku nak fokus jaga anak aku sendiri. Aku taknak orang lain yang jagakan. Aku nak mereka dari bayi hingga ke besar, tangan aku ni yang jaga anak aku sendiri. Aku dah tengok and alami sendiri dijaga oleh orang lain, tambahan jaga anak orang lain pun aku pernah. Aku tengok bonding anak and parents macam longgar so aku taknak benda tu terjadi kat aku nanti. Bukan aku nak cakap benda tu salah, tapi kita sebagai generasi yang baru dan akan melahirkan generasi yang akan datang, rasanya benda tu boleh diubah. Apa pulak melencong cerita pasal anak pulak dah. 

Okay balik dengan cerita asal. Kalau aku ditakdirkan ada anak, anak dah besar sikit, patisserie ni la aku nak bukak. Buat kat rumah sendiri pun jadilah. Upah orang, siapa nak tolong aku, macam-macam la benda tu boleh difikirkan nanti. Aku cenderung kepada French pasteries. Wah! Sedap tau. Benda-benda manis ni boleh buat aku happy. Lagaknya macam budak kecik padahal dah tua, perangai masih tak semengah. 


Siapa tak jatuh cinta. Kan! Aku nak ambik kursus buat French pastries kat French nanti. Nak applynya aku belum tahu, aku masih nak fokus habiskan degree and jadi engineer dulu. Nanti-nanti dah cukup masa, aku fikirkan. Taknak pulak jadi angan-angan mat jenin kan. Aku dah syorkan impian aku ni kat mama and papa. Mereka sokong. Keberkatan dari ibu bapa tu paling penting dalam nak buat apa-apa keputusan. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan dan perancangan Allah lebih lagi dari kita sangkakan. Gembiranya!

Apa yang buat aku terdorong nak melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda:

"Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki."

[Hadis Al Tirmizi]


Nah. Apa lagi kita nak sangkalkan, memang betul pun. Orang asing lebih tahu benda ni dari kita, itulah sebabnya orang asing banyak berebut-rebut nak jadi ahli perniagaan. Kita sebagai orang Islam sepatutnya lebih maju ke hadapan. 



Tengok gambar kat atas tu, kedai macam tu la impian aku. Buat tepi rumah ke (kalau dah ada anak), sewa kedai ke (kalau belum kahwin). Nampak mengasyikkan bukan. Tak sabarnya! Wahai Encik Suami, tengoklah impian bakal isterimu ini, boleh tak jadi isteri yang membanggakan? Berangan ke situ pulak aku. 

Di samping buka kedai pastri ni, aku juga ada pasang impian nak cipta clothing line aku sendiri, tudung, telekung, dan jubah atas nama aku sendiri. Bella dan Neelofa ikon pengerak utama aku, aku nak contohi mereka. Lawaknya masa kecik dulu pernah nak jadi fashion designer, nak reka dan jahit sendiri baju nikah. Tapi tak jadi la, berangan je lebih. Aku pernah pasang angan-angan nak jadi pilot juga dulu, sebab aku suka sangat tengok airplane. Kat kampung aku, dalam sehari memang tak sah tak tengok kapal terbang kat atas. Tapi impian tu terkubur macam tu je sebab dulu ada orang cakap kalau perempuan bawak kapal terbang alamatnya masuk ke dalam laut nanti. Lawaknya zaman dulu-dulu. Sekarang banyak je perempuan jadi pilot. Salute sangat-sangat! Especially Kapten Fizah. Bangga dekat awak!

Dalam cipta impian ni, memang tak sah kan kalau nak letak nama apa. Kalau untuk clothing line aku, aku nak letak nama Atiqa. Kalau untuk patisserie aku, Vanilla Sugar! Aku suka sangat vanilla. Sweet and at the same time ada rasa pahit sikit. Bittersweet eil. But I'm not sweet. I'm hopeless romantic. Apa kaitan dah. Itu sebab kenapa nama blog, twitter and ask.fm aku vanilla. Hari tu ada yang tanya kenapa, sekarang aku dah bagi jawapan. 

Dah panjang lebar coretan ni. Moga Allah masih panjangkan umur untuk aku merealisasikan impian aku. Kalau ditakdirkan aku tak sempat nak merasa, at least ada yang tahu impian aku ni dan teruskan melaksanakannya nanti. Moga Allah permudahkan segala urusan aku. Moga Allah berkati perjalanan aku untuk menghabiskan degree dan menjadi engineer. Aku percaya akan setiap perancangan yang Allah bagi, aku percaya jika niat kita disandarkan untuk redha Allah, inshaAllah, Allah akan permudahkan. So, bagi di luar sana punyai impian yang sama, ayuh kita sama-sama percaya akan diri sendiri dan terus istiqamah mencari hidayah dan ilmu Allah. Sama-sama kita doa moga Allah permudahkan segalanya. Senyum sikit. Sampai kita berjumpa lagi. Moga Allah redha.



Comel kan! Tu adalah pemangkin semangat. Moga tiap kali aku tengok, semangat nak gapai impian tu ada. Sendiri design tau, dengan pertolongan picsart, phonto dan instabox. Hahaha. Tengah taip dengar lagu kpop, ulang banyak kali tiga lagu. Spoiler by Epik High, Empty by Winner and 12.30 by Beast. Sekali sekala layan korea. 



Keep smiling. It's Sunnah. It's charity. It's free.

19 Rabi'ulawal 1436H


Friday 9 January 2015

2015



Salam buat pembaca, 


Dah masuk tahun 2015, masuk sembilan hari dah. Bak bagi sesetengah orang, 'Page 9 of 365'. Nak mengira untuk tiap-tiap hari ke? Kira azam baru la tu. Kalau betul tiap-tiap hari dibuat status begitu, aku salute. Moga istiqamah ye buat azam baru tu. Azam tahun baru? Dah buat azam masa masuk bulan Muharram hari tu. Tapi akan dipertingkatkan dan dimantapkan dalam tahun 2015 ni. Cheh ayat skema. 

Suka sangat gambar kat atas tu. Fresh and beautiful. My favourite flower, tulips. Sebagai gambar permulaan untuk first entri tahun ni. Kita start fresh and elegently beautiful gitu. Gambar tu jugak menunjukkan jalan yang lurus yang tak berapa nak lurus, ibarat perjalanan untuk satu kehidupan atau cita-cita yang kita nak gapai, seolah-olah membicarakan yang perjalanan kita di depan sana masih lagi jauh, nampak tapi samar, terang tapi tiada bersuluh. Adakah sudah banyak yang kita teroka sampai ke hari ni? Raup muka.

2014. Banyak yang aku pelajari dalam tahun 2014. Susah senang, tawa duka, kecewa gembira, dan banyak sekali mengajar aku tentang ketentuan Ilahi, redha dan tawakal. Alhamdulillah. Tahun 2014 adalah tahun yang penuh keberkatan. Sahabat-sahabat yang sungguh dekat dan rapat dengan aku menimang anak yang pertama dan ada juga yang mendirikan rumah tangga. Yup. Semua mereka sudah bertemu jodoh. Tinggal aku seorang. It's okay. Aku masih ramai lagi kawan yang belum kahwin. Masih sibuk nak menelaah ilmu dan menghabiskan degree. Enough dengan cerita kahwin dan anak, buatnya aku rasa nak kahwin pulak dah. Rasa nak kahwin tapi calonnya belum ada. Harus bagaimana lagi.  

Tahun 2014 juga aku dapat lesen memandu. Bulan March. Akhirnya, terbuka juga pintu hati papa suruh aku ambik lesen. Dapat izin pun jadilah sebab mostly duit pakai aku bayar lesen tu hasil duit aku sendiri. Kerja kat kedai makan, cuci pinggan, dan layan kerenah orang yang berbagai ragam. Aku lebih suka jika sesuatu yang aku inginkan, datang dari usaha aku sendiri. Papa aku mengajar tentang hidup berdikari. Macam mana nak cari duit sendiri. Ada hikmahnya juga aku kerja kat kedai makan tu, aku dapat jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah rendah aku dulu. And paling berharga, pengalaman bekerja sebegitu. Aku jumpa banyak orang yang hidupnya bukan sama dengan apa yang aku ada. Ada yang nak sambung belajar tapi tak dapat sebab kekangan dari keluarga, ada yang nak cari duit lebih berniaga kat situ, ada yang memang taknak sambung belajar nak cari erti kehidupan yang lebih bermakna, maksudnya, hanya merekalah tahu. Berjumpa dengan mereka sedikit banyak mengajar aku tentang tawadhu'. Mereka lebih mulia dan tak pernah berputus asa nak teruskan kehidupan biarpun pekerjaan yang ada bukanlah semewah yang ada diluar sana. 

Bercakap dengan mereka buat aku rasa segan bagitahu yang aku belajar di Curtin, belajar engineering. Segan bukan apa, banyak kali dah hasrat untuk berputus asa bertandang dalam diri aku. Aku belajar di sebuah universiti swasta dan memang sudah sedia maklum bukannya murah. Apa yang aku dapat tiap-tiap hari adalah sesalan. Kalau diikutkan dengan batch asal aku, aku sepatutnya habiskan degree hujung tahun 2014. Aku masuk Mid-July 2015 punya batch but aku kecundang, and dijangkakan akan habis hujung tahun 2015, still kecundang. Lastly, Mid-July 2016 la harapan terakhir aku. Yup. I messed up. 

Aku segan bukannya apa, mereka pandang tinggi terhadap aku and mengagungkan aku seumpama aku bijak pandai tapi hakikat sebenarnya aku bukanlah sehebat yang mereka sangkakan. Aku bukanlah sehebat yang mereka sangkakan. Ayat ini sangat meruntun jiwa aku. Aku bukan hebat, aku takda bakat, nak tiup belon pun aku tak pandai. Aku rasa segan bila ada yang jadikan aku idola mereka, ada juga yang berubah jadikan aku sebagai insipirasi dan ada yang nak jadikan aku isteri mereka. Eh? Jangan tanya. 

Ya aku bukan hebat. Mereka yang menganggap aku sebegitu membuat aku jadi tak keruan. Mana hebatnya aku dilihat mereka. Mana diri aku yang menjadi pujaan. Tidak. Aku tidak mahu diagung-agungkan. Aku bukan apa kalian sangkakan. Itu semua Allah yang tutup aib. Allahu. Tapi aku rasa bersyukur, ditemukan dengan mereka dan mereka dan mereka. Mereka berkata aku idola mereka, dan aku berkata merekalah inspirasi, motivasi, semangat dan sinaran pabila aku mulai rasa kecewa, putus asa dan tiada harapan. Senyum sikit. Aku bukanlah hebat, tapi aku sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk mendapat redhaNya. Itu matlamat hidup aku. Biar aku nampak buruk baik di mata manusia, jangan aku jadi hina di hadapanNya. Jangan.



Banyak yang aku ingin perbaiki diri aku. Sangat banyak. Kalian pun tentu rasa apa yang aku rasa. Aku cuba muhasabah diri tiap-tiap hari. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi. Semestinya hikmah semester aku extend, aku dapat praktikal tahun ni. Aah. Aku tak dapat praktikal. Aku sepatutnya buat praktikal cuti 3 bulan ni. Dan aku tak dapat tempat. Gila tak sedih. Dekat sebulan aku cuba pujuk diri aku jangan nangis tiap-tiap malam lagi dan didik hati supaya redha. Ya. Bukan senang. Tapi aku harus. Aku tidak mahu kesedihan aku meracuni diri aku. Aku tak mahu jadi orang yang menyalahkan takdir. Aku tak mahu jadi orang yang lemah. Biar orang fikir aku apa, asalkan aku tahu aku siapa. 


Aku mahu tahun 2015 memberikan apa yang aku mahu untuk perbaiki diri. Yang paling penting, focus on good. Aku baru masuk 23 tahun pada 15 Rabi'ulawal 1436H lepas. 15 Rabi'ulawal 1413H adalah tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Rasa macam tak percaya 23 tahun dah aku hidup dalam dunia. Banyak yang aku pelajari dan lebih banyak lagi aku belum terokai. Sempat aku tangkap tweet seorang akhi yang tak dikenali. "Life is good. Alhamdulillah." Ya. Hidup ini indah. Bersyukurlah masih hidup. 2014 juga mengajar aku tentang kepercayaan. Jangan mudah untuk percaya. Itu mantera baru aku. Bila kepercayaan aku diragut, aku rasa apa guna lagi untuk mempercayai jika tiada yang memahami. Aku harus berhati-hati membezakan apa itu lawan, apa itu teman. 


Agaknya sampai disini saja coretan aku yang tidaklah seberapa indah. Asalnya bukan ini yang aku mahu jadikan entri pertama, tapi aku jadi kacau bilau dengan kicauan burung dan perhatian aku menjadi lari. Tapi aku ada selitkan "redha" sikit di situ. Aku mahu menulis sesuatu yang aku inginkan luahkan. Mungkin aku akan perbaiki sikap "mudah terlalai" aku. Ada sikit kelainan yang aku akan buat pada entri-entri yang akan datang. Mungkin aku akan teruskan berbicara tentang aku, siapa aku dan meneruskan perkongsian naluri aku sepertimana aku lakukan pada entri sebelumnya. Mungkin. Ya. Untuk pengetahuan, semua entri-entri yang ada dalam blog aku adalah kata-kata naluri aku sendiri. Bukan dicedok dari sesiapa, hanya cedokan dari sendiri. Kebanyakan yang aku tulis adalah dari mukabuku (facebook) aku yang lama. Perkongsian itu amat berharga, amat rugi jika aku buang begitu sahaja. Makanya aku kopi pasta ke dalam blog aku. Sampai kita berjumpa lagi. Moga Allah redha.



"Tidak ada satu musibah pun menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepadanya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[At-Taghabun: 11]



Ayat yang aku paling suka. Tengah menaip dengar lagu Magic!, Let Your Hair Down. Entah apa yang spesial sangat lagunya sampai diulang banyak kali.


Keep smiling. It's Sunnah. It's charity. It's free.


17 Rabiulawal 1436H