Showing posts with label kekurangan. Show all posts
Showing posts with label kekurangan. Show all posts

Monday, 12 August 2013

PERTIMBANGAN



Bukan hak kita untuk menilai baik buruk seseorang. Tidak semestinya orang yang selalu buat kejahatan tidak boleh buat kebaikan. Dan tidak semestinya orang yang selalu buat kebaikan, tidak buat kejahatan. Kebanyakan orang sangat terpedaya dengan konsep KEBAIKAN. Jika satu kesalahan yang dibuat oleh orang yg selalu melakukan kebaikan, satu kesalahan tu jugak menutup segala kebaikan yang dilakukan sehingga dipandang hina selamanya. Dan apabila seseorang yang suka melakukan kejahatan, satu kebaikan yang dibuat dipandang seolah-olah sangat jijik kebaikan yang dilakukan itu. Tanya pada diri, apa sebenarnya konsep jahat dan baik itu? 

INGAT! Tiada manusia yang sempurna. Kenapa sukar sangat bagi kita untuk berterusan bersangka baik dekat orang, hidup ini terlalu singkat untuk kita mencari, menghina, menghukum dan memandang hina akan kelemahan dan kelebihan seseorang. 

Jangan suka melihat kelemahan orang dan membenci kelebihan orang. Kita semua manusia punya satu kelemahan dan kelebihan yang sama, kelemahan kita manusia sering melakukan kesilapan dan kelebihan kita belajar dari kesilapan yang dibuat.

Bantulah orang yang sangat memerlukan bukan terus menerus memandang hina akan niat orang yang ingin berubah ke arah kebaikan. Jika lihat orang yang baik berubah ke arah keburukan, tegurlah dan bantu setakat apa yang mampu bukan mencaci dan bercakap di belakang. 

Tiada seseorang yang menghendaki dirinya berterusan berada dalam sebarang kejahatan yang dilakukan, dan tiada seseorang pun yang tidak menghendaki kebaikan dalam hidupnya. 

Muhasabah diri.

Nukilan dari hati, pesanan buat diri, perkongsian buat semua. 

5 Syawal 1433H



Friday, 1 March 2013

SAMA




Semua manusia punya satu kelebihan dan kekurangan yang sama. Kekurangan itu adalah membuat kesilapan dan kelebihan pula belajar daripada kesilapan. Tiada gunanya kita untuk merendah-rendahkan orang lain dan meninggi-ninggikan diri sendiri. Manusia sering membuat kesilapan dan gunakan peluang untuk belajar dari kesilapan itu. Biar gagal berkali-kali, jangan tidak mencuba sekali. Kegagalan mengajar kita untuk terus berjuang. Kita tidak mahu mati sebagai seorang yang mudah mengaku kalah, biar kita hidup dengan sehabis baik perjuangan. Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membenci dan mencari kesalahan orang. Jadilah insan yang pemaaf dan sabar. Yakin pada diri sendiri. Jangan mudah berputus asa. Jangan suka pandang kekurangan orang dan benci pada kelebihan orang tersebut. Ingat, kita semua punya satu kelebihan dan kekurangan yang sama. Lihat kesalahan diri sendiri sebelum menilai kesalahan orang lain.


Nukilan dari hati, pesanan buat diri sendiri, perkongsian buat semua.

18 Rabiulakhir 1434H