Ni gambar aku sendiri yang ada. hehe. Ni adik-adik aku. Nama kumpulan kami Scorpion, reason nama Scorpion dipilih, diam-diam berbisa. Semua diorang daripada lain-lain sekolah. Ada dari SMK Dato Permaisuri, SMK Merbau, SM Sains, SMK Lutong dan SMK Chung Hua. Dari kiri atas, Jasintya, Nurul, Suraya, Mazilah, Leyna, Ummi. Kiri bawah, Caroline, Cassandra & Fatin. Mereka sangat2 lah amazing, awesome and high determination. Mereka banyak membantu aku untuk terus berjuang dan menyelami hati-hati diaorang, walaupun pada mulanya mereka amatlah kekok, namun aku bangga mereka semakin senang untuk berbual sesama mereka dan menonjolkan diri mereka yang penuh dengan keyakinan dan semangat.
Adik2 selepas selesai melakonkan drama. Walaupun lakonan tidak dapat diteruskan, aku cukup bangga dengan adik2 ku kerana mampu berada di atas pentas untuk overcome nervous dan fear mereka. Mereka dah mencuba yang terbaik, dan itu yang mereka dapat. Moga adik2 belajar daripada kesilapan dan terus bersemangat untuk menempuh kelemahan diri sendiri.
Tak disangka-sangka akan kemenangan adik2 aku. Mereka memenangi Business Trading Game, satu permainan yang pada awalnya aku pun keliru, namun atas penjelasan daripada mereka, baru aku faham corak permainan ini. Kemenangan ini atas daya usaha mereka sendiri. Aku bangga dengan adik2 ku ni. Allah gantikan sesuatu yang lebih baik daripada kekecewaan malam drama dipentaskan.
Aku terpilih jadi judges untuk presentation Steve Jobs vs Bill Gates. Aku dipilih bersama-sama dengan Zamri dan Safrizal untuk menghakimi invention mana yang lebih perfect and creative. Mereka semua amatlah kreaif sehinggakan aku sendiri tidak mampu untuk memikirkan hal-hal yang dibentangkan oleh mereka. Syabas untuk mereka kerana mampu untuk mengembangkan buah-buah fikiran mereka dan membentangkannya dalam English dengan berani dan berkeyakinan.
Salah satu yang tidak mungkin dilupakan oleh pelajar-pelajar dan fasilitator yang lain adalah semestinya 'LAGU BUKIT'. Sangat menyeronokkan dan menguji minda. Ni lagu bukit. Tapi cover orang lain. Bukan dari kami Projek Kalsom 18. hehe.
Persembahan daripada kakak2 dan abang2 fasi. Kami hanya prepare persembahan ini sejam sebelum dipersembahkan. Memang tunggang langgang tapi kami dah beri yang terbaik untuk adik2 kami. Ni juga pertama kali aku persembahkan dikir barat dan dikir puteri. Rahim dipilih sebagai tukang karut untuk lagu bukit. Lagu bukit sangat famous eh. ;)
Ni faci2 dan committee yang terlibat untuk Projek Kalsom 18 under kak Syasya. Nak test aku sendiri sama ada aku ingat x nama2 diaorang x. Lisa, Ain, Rahim, Stephen, TOP, Farid, Nadiah Munirah, Sabrina, Nadiah Azli, Jyja, Ahrthyh, Amalina, Sarah, Fiza, Farah, Jiji, Zayana, Elena, Najah, Aira Khairiyah, Afifah, Zamri, Fahmi, Zulikhwan, Faizal, Suhaib, Danial, Jonathan & Safrizal. Ada yang tertinggal tak? Hehe. Kalau untuk Curtin E-Fact yang join, Aku, Syazwani, Ila, Ira, Farah, Wawa, Ain, Kash, Hakem, Hafiz & Mamat. Ada yang tertinggal jugak ke? Hehe. Mereka sangatlah amazing, walaupun awalnya agak kekok nak tegur, tapi mereka sangat best. Aku pemalu orangnya so ada sesetengah aku tak borak2 sangat. Susah nak buang rasa malu yang menebal dalam diri aku ni. Hehe. Sangat best bila berkongsi & bertukar cerita. Pengalaman baru diterokai. Hari sebelum aku join Projek Kalsom dah nervous tahap apa, sebabnya nervous nak jumpa2 orang2 yang study overseas & fluent English, so aku terasa amat kecil di situ. Tapi apabila berhari bersama mereka, mereka memberi aku semangat yang baru. Memberi aku keyakinan untuk berjumpa dengan lebih banyak lagi amazing people di luar sana.
Gambar curi lagi. Hehe. Tu aku bersama Kak K, Fahmi & Zamri. Time ni ada aktiviti Career Fair, open booth untuk pelajar2 menyelami & diberi penjelasan jelas tentang bidang2 yang ingin diceburi. Mantap sangat. ;)
With my bestfriend, Syazwani. Tanpa dia, memang aku lost kot dalam kem ni. Aku mudah rasa awkward dengan orang so dengan adanya Wani di sisi, hilang rasa kekok itu. Thanks a lot Syazwani Hanif! Love u! =D
Memang satu pengalaman yang amat bermakna. Pengalaman yang amat berharga. Kalau diberi peluang, nak lagi join Projek Kalsom, walaupun x dibuat di Sarawak ke nanti, rasanya sanggup untuk aku kumpul duit beli tiket dan perbelanjaan. Kalau kita buat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas, insyaAllah, Allah akan bantu memudahkan segala urusan. InsyaAllah nak teruskan perjuangan membantu sesiapa yang memerlukan. Mama aku tanya kenapa suka nak buat kerja-kerja macam ni, takut terabai pelajaran. And my answer, I do everything because of Allah. InsyaAllah tidak akan terabai pelajaran as long as pandai membahagikan masa. Kegagalan mengajar kita untuk terus berjuang. Gagal berkali bukan bermaksud kita tidak boleh berjaya, kegagalan itu menjadi akar umbi untuk meneruskan semangat perjuangan. Alhamdulillah semua sudah terbukti last semester. Nak terus mencuba mengekalkan keputusan yang ada dan mencuba yang lebih terbaik untuk semester ini. InsyaAllah. Please pray for me. Keep on faith. ;)
5 Ramadhan 1433H