Saturday, 25 May 2013

SIAPA KITA




Siapa kita semalam mengajar untuk terus berjuang dan jangan diulang lagi kesalahan yang lama. Siapa kita hari ini memberi peluang untuk kita memperbaiki menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan berharap supaya kita menjadi orang yang berjaya untuk siapa kita kemudian hari nya. Siapa kita esok, Allah yang tentukan sama ada hidup atau mati.  


Manusia punya satu kelebihan dan kekurangan yang sama. Kekurangan kita adalah manusia sering melakukan kesilapan. Kelebihan kita pula belajar dari kesilapan. 

Sebagai seorang Muslim, ada 3 perkara yang perlu kita perbaharui sepanjang masa. Iman, Taubat dan Islam. Iman itu bukan sesuatu yang kita pinjam atau dipakai buang. Iman itu haruslah selalu di'updated' dan di'upgrade' sebagaimana kita meng'update' dan meng'upgrade' gadjet2 yg ada di pasaran. Taubat itu bukan sesuatu yang kita tunggu apabila menjelang hari tua. Jangan menangguh-nangguh untuk melakukan taubat, kita tidak tahu bila tibanya ajal kita. Islam bukan sesuatu yang kita pandang dengan sebelah mata. Kita jangan hidup sebagai Islam hanya pada nama dan di IC. Hidup, bercakap, berfikir dan segala-galanya mengikut konsep Islam. Apa guna Al-Quran dan As-Sunnah ditinggalkan untuk kita tapi kita tidak beramal dengannya.

Kita sering kali diuji. Siapa dan bagaimana kita semasa diuji, itulah diri kita sebenar. Sabar dan bersyukur itu perlu apabila diuji. Hati kita sering kali disakiti, tapi berjanji pada diri sendiri jangan pulak kita sesekali menyakiti hati orang. Meminta maaf itu payah tapi itulah yang harus dilakukan.

Hidup ini sebagai manusia kita haruslah sering beringat-ingat dan berpesan-pesan kepada yang lain. Bukan hidup hanya tahu mencari, menghukum dan menghina kesalahan orang. 


Jangan tunggu hari esok kerana hari ini tidak mungkin akan menjamin persediaan kita untuk menghadapi kematian. Jangan tunggu sampainya kesusahan dan kesulitan dalam hidup baru kita mengaku adanya Allah. Bangkitlah semua, kematian itu tidak menunggu kita. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan kematian sebagai peringatan yang sebenar.


Nukilan dari hati, peringatan buat diri sendiri, perkongsian buat semua.

15 Rejab 1434H



KAYA




Siapa cakap kaya tak perlu. Sangat perlu tau. Kita mesti kaya dengan akhlak yang baik, budi pekerti yang disanjungi, budi bicara yang sopan dan yang paling penting kaya dengan ibadah dan iman yang mantap. Biar tidak kaya dengan harta dan duit yang banyak, biar kita kaya dengan ilmu akhirat, sebab itu yang dibawa jika kita mati nanti. Tak perlu bermegah dengan harta kekayaan jika bekalan akhirat tak ada.

Nukilan dari hati, peringatan buat diri sendiri, perkongsian buat semua.

15 Rejab 1434H


Friday, 1 March 2013

SAMA




Semua manusia punya satu kelebihan dan kekurangan yang sama. Kekurangan itu adalah membuat kesilapan dan kelebihan pula belajar daripada kesilapan. Tiada gunanya kita untuk merendah-rendahkan orang lain dan meninggi-ninggikan diri sendiri. Manusia sering membuat kesilapan dan gunakan peluang untuk belajar dari kesilapan itu. Biar gagal berkali-kali, jangan tidak mencuba sekali. Kegagalan mengajar kita untuk terus berjuang. Kita tidak mahu mati sebagai seorang yang mudah mengaku kalah, biar kita hidup dengan sehabis baik perjuangan. Hidup ini singkat. Jangan bazirkan dengan membenci dan mencari kesalahan orang. Jadilah insan yang pemaaf dan sabar. Yakin pada diri sendiri. Jangan mudah berputus asa. Jangan suka pandang kekurangan orang dan benci pada kelebihan orang tersebut. Ingat, kita semua punya satu kelebihan dan kekurangan yang sama. Lihat kesalahan diri sendiri sebelum menilai kesalahan orang lain.


Nukilan dari hati, pesanan buat diri sendiri, perkongsian buat semua.

18 Rabiulakhir 1434H