Tuesday, 23 July 2013

HOLIDAY



Salam Ramadhan.

Sepetang di kampungku.


Rasanya lama dah tak update blog. Sekarang aku tengah semester break, asal semester break mesti aku kat kampung aku di Sibu. Nampak tak gambar kat atas tu, tu la rumah kampung tercinta aku, yang hijau tu la rumah aku. Duduk kat kampung lebih selesa dari duduk kat rumah aku di Miri tu. Kat kampung aku dapat bersama dengan nenek aku yang tercinta. Now, nenek aku tak berapa sihat sangat,  2 minggu lepas nenek aku operate mata, nasib operate tu guna laser so kesakitan after operate tu terasa sangat. 

Well, apa yang aku buat semester break ni so far? Hmm. Nak cakap tentang result ke? Result dah keluar and tak yah nak agak-agak sangat la. Tu rezeki masing-masing. Lulus ke gagal terimalah dengan hati yang redha. Bukan tak mencuba, sudah mencuba tapi mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Terlalu letih mencuba, letih ke mencuba? Apa guna berasa letih mencuba jika kita tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Sudah mencuba, tawakal dan redha yang perlu. Kita sebagai orang Islam, jangan suka menyalah takdir. *sigh* *pandang kat luar tingkap*

Okay. Berbalik kepada soalan, apa yang aku buat cuti ni? Well, macam kebiasaan cuti-cuti lain, aku tak kerja, duduk kat rumah jadi 'surirumah", babysitter and grandmasitter sepanjang masa. Ada jugak istilah grandmasitter kan? Memandai je. Cuti tak semestinya aku cuti dari kerja-kerja yang diberikan kepada aku. Nanti masuk semester baru ada dua kem yang memerlukan aku untuk merangka apa yang patut dibuat sebelum dan semasa kem, aku punya kem, Social Awareness Camp dan aku sebagai assistant project manager untuk John Curtin Leadership Camp. Pastu nak buat pencalonan baru untuk Curtin Islamic Society and memikirkan idea sikit untuk event-event yang akan datang. *raup muka* 

Tapi disebabkan nenek aku perlukan masa untuk dijaga and menjaga 'anak-anak' aku yang bermacam kerenah, kerja-kerja aku nak buat tu pun terbengkalai. Tapi aku ada jugak masa nak baca novel. Yes, dalam sehari memang tak miss nak baca novel.



Ni la 'anak-anak' aku.

Itulah diorang, macam-macam kerenah nak dilayan, budak-budak la katakan. Nak jaga sorang payah, cuba bayangkan enam sekali. Si kecik tu lagi la, senang nak menjaga cuma kalau dah merajuk tu, setahun dapat pujuk. Yang lain tu kadang-kadang degil, tak nak dengar kata, tapi yang bagusnya diorang berbudi, dengar nasihat orang, suka menolong. Tengok la siapa menjaganya. Hehe. Tapi tak pa la kan, diorang ni sebagai latihan untuk aku menjaga anak-anak aku sendiri di masa hadapan. Tak sabar nak ada anak sendiri. *aduh*

Tapi paling bermakna cuti ni, sempat jugak aku merasa sebulan berpuasa di kampungku yang tercinta. Dah lama kot tak merasa ramadhan kat kampung sendiri, lebih-lebih lagi sebulan lagi tu. Dulu time kecik-kecik je merasa. Pastu dah pindah Miri, balik kampung pun nak dekat raya. Peluang ni aku tak sia-siakan, terawih kat kampung jugak la paling syiok. Tapi part yang paling aku tak suka, tau-tau la budak kampung suka sangat mengacau, aku buat-buat tak kisah pun. Semestinya jual mahal, walaupun dalam hati ni takut bagai nak apa, bukan apa takut, aku tak suka dikerumuni dan dipandang macam nak terkeluar biji mata tu. Lebih rasa menyampah sikit, budak belasan yang muda beberapa tahun dari aku, ada hati nak mengacau jugak, tau la akak ni comel *batuk* tapi sedarlah aku ni pangkat kakak, umur aku ni pun boleh dikatakan pangkat mak jugak. Haish. Budak-budak sekarang. *sigh*

Minggu ni aku and makcik aku start dah buat kuih and biskut raya. Buat sendiri lebih rasa kenikmatannya, lebih terasa nak menyambut raya. Hehe. Kita orang nak buat kuih and biskut lama-lama dulu, bak kata pepatah tak lapuk dek ditelan zaman. Benda-benda yang lama orang suka and nak kenalkan kepada generasi baru-baru ni. Tak sabar rasanya nak 'berperang' dengan tepung. Uweeee.

Agaknya sampai di sini sajalah coretan aku. Melebar coretan bukannya ada orang nak baca pun. Lagu "Sungai Lui" by Aizat Amdan dimainkan tatkala aku sedang menaip coretan untuk entri ni. Deep meaning and last but not least, aku sertakan gambar awan yang aku sempat ambik 2 hari lepas. Subhanallah. Sungguh indah. 




"Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira." 

Al-Rum:48

14 Ramadhan 1434H



Saturday, 25 May 2013

A FEW MINUTES OF PERFECTION





A very nice video. We have the opportunities to see and meet a different people everyday. Let's start doing good to others! Kindness is actually contagious, it is same goes to a bad action. Instead of doing bad to people, why don't we just take our sweet time to reflect and embrace a good things for people around you and . Show kindness to people is a part of da'wah as well. Kindness will pay off with the right intention. Do your part now! Show some love to people all around you!


"Worship Allah and associate nothing with Him, and to parents do good, and to relatives, orphans, the needy, the near neighbor, the neighbor farther away, the companion at your side, the traveler, and those whom your right hands possess. Indeed, Allah does not like those who are self-deluding and boastful."

[An-Nisa:36]

Note to self. 


15 Rejab 1434H

SIAPA KITA




Siapa kita semalam mengajar untuk terus berjuang dan jangan diulang lagi kesalahan yang lama. Siapa kita hari ini memberi peluang untuk kita memperbaiki menjadi orang yang lebih baik dari semalam dan berharap supaya kita menjadi orang yang berjaya untuk siapa kita kemudian hari nya. Siapa kita esok, Allah yang tentukan sama ada hidup atau mati.  


Manusia punya satu kelebihan dan kekurangan yang sama. Kekurangan kita adalah manusia sering melakukan kesilapan. Kelebihan kita pula belajar dari kesilapan. 

Sebagai seorang Muslim, ada 3 perkara yang perlu kita perbaharui sepanjang masa. Iman, Taubat dan Islam. Iman itu bukan sesuatu yang kita pinjam atau dipakai buang. Iman itu haruslah selalu di'updated' dan di'upgrade' sebagaimana kita meng'update' dan meng'upgrade' gadjet2 yg ada di pasaran. Taubat itu bukan sesuatu yang kita tunggu apabila menjelang hari tua. Jangan menangguh-nangguh untuk melakukan taubat, kita tidak tahu bila tibanya ajal kita. Islam bukan sesuatu yang kita pandang dengan sebelah mata. Kita jangan hidup sebagai Islam hanya pada nama dan di IC. Hidup, bercakap, berfikir dan segala-galanya mengikut konsep Islam. Apa guna Al-Quran dan As-Sunnah ditinggalkan untuk kita tapi kita tidak beramal dengannya.

Kita sering kali diuji. Siapa dan bagaimana kita semasa diuji, itulah diri kita sebenar. Sabar dan bersyukur itu perlu apabila diuji. Hati kita sering kali disakiti, tapi berjanji pada diri sendiri jangan pulak kita sesekali menyakiti hati orang. Meminta maaf itu payah tapi itulah yang harus dilakukan.

Hidup ini sebagai manusia kita haruslah sering beringat-ingat dan berpesan-pesan kepada yang lain. Bukan hidup hanya tahu mencari, menghukum dan menghina kesalahan orang. 


Jangan tunggu hari esok kerana hari ini tidak mungkin akan menjamin persediaan kita untuk menghadapi kematian. Jangan tunggu sampainya kesusahan dan kesulitan dalam hidup baru kita mengaku adanya Allah. Bangkitlah semua, kematian itu tidak menunggu kita. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan kematian sebagai peringatan yang sebenar.


Nukilan dari hati, peringatan buat diri sendiri, perkongsian buat semua.

15 Rejab 1434H