Thursday 14 June 2012

SURAH-SURAH AMALAN








Al-Quran adalah mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. Kita wajib merujuk Al-Quran dan As-Sunnah untuk kehidupan seharian kita. Al-Quran dan As-Sunnah adalah wasiat terakhir Nabi Muhammad S.A.W yang wajib untuk kita jadikan amalan. Membaca Al-Quran mampu menenangkan jiwa kita dan salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Membaca adalah sunat, beramal dan beriman kepada Al-Quran adalah wajib. Terdapat beberapa surah-surah amalan untuk kita jalani hidupan seharian. InsyaAllah bila dibaca banyak fadhilat-fadhilat tersendiri.
1. Surah As-Sajdah
- Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata:
“Adalah Nabi Muhammad S.A.W membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) As-Sajdah dan (Hal Ata Alal Insan) Al-Insan.”
- Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”
2. Surah Yaasin
- Dalam sebuah hadith:
“Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin. Barangsiapa membaca surah Yaasin seumpama ia membaca seluruh Al- Quran sebanyak sepuluh kali.”
- Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang membaca Yaasin pada waktu malam untuk mendapatkan  keredhaan Allah, maka diampunkan dosanya pada malam itu.”
3. Surah Ad-Dukhan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada waktu malam, ia akan menikmati waktu pagi dalam keadaan mendapat keampunanan. Sesiapa yang membaca Haa Mim yang disebutnya padanya Ad-Dukhan ia akan menikmati waktu pagi dalam keadaan mendapat keampunan.” (Riwayat Ibnu Kathir)
4. Surah Ar-Rahman
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Bagi setiap sesuatu terdapat mempelainya, mempelai Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.”
(Riwayat Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman daripada Saidina Ali r.a.)
5. Surah Al-Waqi’ah
- Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap malam, ia tidak ditimpa kemiskinan.” 
6. Surah Al-Mulk
Surah Al-Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia menyelamatkan sesiapa yang membacanya daripada seksaan kubur. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Surah Al-Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”
(Diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi)
- Dan diriwayatkan Imam Ahmad daripada Jabir berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk.”
7. Surah Al-Insan
- Hadis riwayat Al Bukhari daripada Abu Hurairah r.a berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat (Alif Laam Mim Tanzil) As-Sajdah dan (Hal Ata Alal Insan) Al- Insan.”
Semoga kita dapat mengamalkan surah-surah tersebut. Namun janganlah hanya tertumpu pada surah-surah tersebut, bukankah lebih indah jika kita mengamalkan dan membaca semua surah di dalam Al-Quran. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk mencari ilmu Allah.
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (keringnya), nescaya tidak habis ditulisnya kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.Al-Luqman:27



24 Rejab 1433H


No comments:

Post a Comment