Sunday 30 September 2012

WISHES

Things that I really wanted to do:


Scuba Diving

Best nya nak tengok nature dalam laut. 


Bungee Jumping
I want it! =D

Sky Diving


Flying Fox


Mountain Climbing

InsyaAllah one day, aku nak naik Gunung Kinabalu.

Kayaking


Rock Climbing


Hiking


Muay Thai


Diving with great whale sharks


And without a cage. Teehee!


Semua benda aku nak buat semua extreme sports. Aku suka mencabar diri aku, dan ini memang minat aku. Lebih syok kalau minat aku dikongsi bersama dengan my future husband. Wah. Berangan sudah.Kebanyakan orang akan pandang rendah kat aku dan beri negatif komen mengatakan aku tidak mampu untuk melakukan semua ini. Ini minat aku. Jangan hanya tengok badan aku yang kecik dan kurus tidak mampu untuk melakukan extreme sports. Kalau dah minat, tak mampu nak menolaknya. Memang aku tidak akan dapat nak buat semuanya tapi at least satu dari semua dah cukup beri kepuasan buat aku. Kebanyakan benda-benda aku nak buat tu semuanya berkaitan dengan nature. Aku suka nature, salah satu cara untuk aku dekatkan diri aku dengan Pencipta alam semulajadi. So, guys, kalau nak buat aku happy, bawalah aku untuk memenuhi impian aku ni. InsyaAllah one day akan aku penuhkan impian aku, kalau ada rezeki dan teman sekepala dengan aku nak buat semua ini. 

Jangan pandang rendah akan minat orang, sokonglah minat seseorang kerana itu adalah satu cara untuk dia membahagiakan dan memberi kepuasan kepada dirinya. Kalau tidak suka, janganlah beri pandangan yang negatif, kalau orang lain mampu buat, kenapa tidak diri kita. Kita sebenarnya berkemampuan untuk melakukan semua, cuma diri kita sendiri MALAS untuk mengembangkan diri kita.

Ini adalah minat aku, jangan nak pandang rendah akan minat aku, aku ada minat, korang ada ke? So, pandai-pandai menilai diri sendiri sebelum nak menilai orang lain. 

14 Zulkaedah 1433H



Saturday 29 September 2012

KENAPA KITA SUKA SANGAT?





Kenapa kita suka sangat untuk menghukum orang lain padahal kita tidak tahu akan cerita di sebalik kesalahan dan kebaikan di buat. 

Kenapa kita suka sangat untuk menghina orang lain yang kurang berilmu dari kita padahal kita sendiri tidak tahu apa yang dilalui oleh orang tersebut. 

Kenapa kita suka sangat menilai baik dan buruk orang padahal kita sendiri tidak menilai keburukan yang kita buat dan kebaikan dibuat hanyalah untuk mendapat nama semata-mata.

Kenapa kita suka sangat melihat keburukan orang itu dan terus menerus untuk meminggir padahal kita tidak tahu orang itu sedang mencari diri mereka sendiri.

Kenapa kita suka sangat membenci orang itu hanya kerana satu kesalahan yang dibuat padahal kita tidak melihat kebaikan lain yang orang tersebut buat untuk kita.

Kenapa kita suka sangat memandang rendah akan kelebihan orang itu padahal kita tidak tahu orang tersebut sedang membina keyakinan dan kecemerlangan diri.

Kenapa kita suka sangat menindas orang yang miskin dan orang yang tidak sempurna rupa dari kita padahal kita tidak tahu orang tersebut juga tidak menginginkan kehidupan mereka sedemikian tetapi mereka terpaksa menempuh kehidupan mereka dengan tabah. 

Kenapa kita suka sangat menguar-uarkan akan kebaikan kita lakukan padahal kita tidak tahu kebaikan yang kita lakukan boleh mengundang riak dan boleh menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedari. 

Kenapa kita suka sangat mencaci satu kesalahan yang dibuat oleh orang padahal tiada manusia yang sempurna dan sering melakukan kesalahan. 

Kenapa kita suka sangat untuk menghina kaum lain padahal tiada satu agama pun mengajar kita untuk menghina orang lain.

Tanya pada diri kita, kenapa kita suka sangat untuk melihat kesalahan orang lain padahal kesalahan diri sendiri tidak terjaga.

Hidup dalam kesederhanaan, jangan suka membazir masa untuk menghina, mencaci, menindas dan membenci orang lain. Hidup terlalu singkat untuk kita mencari kesalahan orang lain padahal kesalahan diri tidak dibetulkan. Nilai kesalahan orang hanya kerana orang itu sendiri, bukan hanya kerana AGAMA, KAUM dan KELUARGA. Renung-renungkanlah. Teguran untuk kita bersama bermuhasabah diri.



Nukilan dari hati, pesanan untuk diri sendiri, perkongsian buat semua.


13 Zulkaedah 1433H



Sunday 23 September 2012

MELIHAT DENGAN PANDANGAN MATA HATI BUKAN PANDANGAN MATA YANG MEMBUTAKAN



Tiada gunanya kita nak hipokrit atau berasa diri sempurna. Kita bukan bersifat maksum. Tiada salahnya kalau kita mencuba untuk menjadi yang terbaik, yang salah adalah kebaikan itu disalah ertikan dan menjadikan kebaikan itu sebagai umpan untuk menarik orang supaya kagum dengan kita. 

Kebanyakan orang sering salah erti akan konsep kebaikan. Orang baik selalu dipandang mulia tetapi apabila satu kesalahan dibuat, ia menutup segala kebaikan yang ada sehingga dipandang hina oleh masyarakat. Dan orang yang jahat selamanya dipandang hina. Mengapa terjadi sedemikian rupa? Ini kerana pemikiran masyarakat hanya tertumpu pada orang yang baik WAJIB buat baik, orang yang jahat WAJIB buat jahat. 

Cuba kita tanya kepada diri kita, siapa orang yang baik, siapa orang yang jahat di sekeliling kita? Adakah mereka memang baik atau jahat semulajadi? Adakah yang baik itu tidak boleh berbuat jahat? Adakah orang yang jahat itu tidak boleh berbuat baik? Mengapa terjadinya istilah jahat dan baik? Muhasabah diri. TIADA YANG BAIK ATAU JAHAT DI DUNIA INI, YANG ADA HANYALAH ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN DAN MEMBUAT KESALAHAN.

Itu sebabnya kita dituntutkan untuk BERIMAN KEPADA ALLAH, kerana dari situlah bermulanya pembentukan diri. Mereka yang berbuat baik itu, kerana mereka PERCAYA Allah melihat mereka dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan mengharapkan orang sekelilingnya bahagia dan tidak berasa asing. Jika diri tidak BERIMAN dan BERTAKWA KEPADA ALLAH, ia mendorong diri untuk membuat maksiat kepada-Nya.

Sekali kita buat kesalahan, manusia akan ingat sampai bila-bila dan menjadikan kesalahan itu sebagai bahan diapi-apikan supaya dibenci masyarakat. Namun apabila satu kebaikan dibuat, manusia hanya pandang sebelah mata dan jadikan kesalahan yang telah dilakukan untuk menutup kebaikan yang ada. Tidakkah kita pernah terfikir mengapa mereka sanggup membunuh, merogol, melacur, mencuri, meragut? Haruskah kita terus mencaci mereka? Meminggir mereka seolah-olah tiada pengampunan buat mereka. Berdoalah agar mereka diberi pengampunan dari Allah.

ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENYAYANG. Mengapa kita suka menghukum orang lain padahal kita sendiri apabila melakukan kesalahan yang sama, mendabik dada seolah-olah kesalahan yang dilakukan itu adalah hebat. Mengapa kita suka sangat menghukum padahal kita tidak mengetahui apa-apa di sebalik kesalahan atau kebaikan di buat. Itu urusan mereka dengan Allah, kita sebagai umat Islam tidak harus menghukum mereka kerana MENGHUKUM BUKAN TUGAS KITA.

Kemarahan dikawal oleh nafsu. Sekali nafsu itu tidak dapat dikawal, kemarahan menguasai diri. Dalam kemarahan itu, syaitan bergembira kerana dapat menjadikan nafsu menguasai seseorang hamba Allah S.W.T. Adakalanya kemarahan perlu ada batasnya. Namun kita bukannya bersifat maksum, adakalanya kemarahan itu tidak dapat dikawal sehingga menjadi bahana dalam diri kita. Walau sehebatnya kita mengawal, kita akan kecundang jua kerana syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan manusia. 

Tiada guna kaya dgn harta jika hati miskin dari keimanan. Tiada gunanya juga jika miskin tapi tidak kaya dgn ketakwaan. Tiada guna jika berwajah cantik jika hati busuk. Tiada guna juga jika kurang cantik tidak tahu bersyukur. Tiada guna bersahabat dengan orang yang suka memburuk-burukkan sesorg. Tiada guna juga jika bersahabat dengan alim ulama jika ilmu itu tidak dikongsikan. Tiada guna hidup sebagai pengembara jika apa yang di cari bukan nya Allah. Tiada guna nya juga jika hidup takut kpd Allah, tetapi tetap melakukan maksiat kpd Allah. 

Sebelum membuat sesuatu, kita perlu bersabar. Apabila kita sudah membuat sesuatu, kita perlu bersabar. Apa yang ditunggu, kita perlu bersabar. Kita bertanggungjawab kita dengan apa yang kita lakukan. Kita harus rancang untuk dunia dan akhirat. Kita hidup sebagai Islam adalah untuk membina diri ke arah kecemerlangan dan kita harus sedar akan peranan kita sebagai seorang Islam. Jangan memfitnah Islam. 

Mengapa Islam itu dihina? Itu adalah kerana sikap Muslim itu sendiri. Sedarlah akan kelemahan kita yang membuat Islam itu tercemar. Islam itu sangat indah dan sangat cantik, jangan memburukkan dan membuat Islam itu dilihat sebagai agama yang sangat zalim. Ubahlah dan perbaiki diri kita, jangan memcemarkan Islam. 

Jika takut kepada Allah, mengapa masih berbuat maksiat kpdNya? Jika takut kpd kematian, mengapa membuang masa untuk membuat kejahatan dan ingkar kpd perintahNya? Jika benar kamu Islam, mengapa perlu mencemar keindahan Islam? Islam tidak pernah mengajar kita untuk berperasangka buruk, mengumpat, memfitnah, hasad dengki, benci-membenci, melengahkan masa. Islam itu indah, jangan dicemarkan keindahannya. Allah akan sentiasa membantu hambaNya yang memperjuangkan Islam. 

Mengapa masyarakat Islam semakin mundur? Ini kerana sifat hasad dengki, berperasangka buruk, fitnah, bermusuhan sesama muslim dan mengumpat bermaharajalela dalam diri seorang muslim. Hindarkan diri dari segala sifat-sifat tersebut, berperasangka baik terhadap semua insan tidak kira agama atau bangsa. Islam mengajar kita supaya sentiasa berperasangka baik dan berbuat baik kepada orang lain. Hidup ini singkat, jangan dibazirkan hidup kita dengan mencaci dan membenci orang. Percayalah, tiada manusia yang ingin dipandang hina, dan tiada manusia juga yang tidak menginginkan kebaikan. 

Belajar memaafkan org lain walaupun sebesar mana kesalahan yg telah dilakukan oleh mereka kerana memaaf lebih baik dari membenci. Walau sukar untuk memaafkan, tp kita harus belajar memahami diri manusia, jangan hanya mementingkan diri sendiri. Memaafkan orang yang menzalimi kita dan kita menyembunyikannya adalah lebih baik dari membuka aib dan mengumpat orang itu. Kita WAJIB memaafkan mereka walaupun ia agak perit untuk dilakukan. Belajar untuk menerima walau ia amat pahit dan ia akan menjadi manis apabila kita redha atas setiap apa-apa yang berlaku. 

Bersederhanalah kerana apa yang ada pada kita, Allah akan tarik balik ,segala apa yang ada di langit dn di bumi adalah kepunyaan Allah. Jangan sombong kerana segala apa yang kita miliki bkn HAK MILIK kita sepenuhnya. Peliharalah diri sebaiknya kerana mati itu adalah nyata. Belajar untuk memahami dan bertaubatlah kepadaNya. Biar dibenci dan dipandang hina oleh masyarakat, namun kita sedaya upaya untuk mengelak dari dimurkai oleh Allah S.W.T.


Nukilan dari hati, pesanan buat diri sendiri, perkongsian buat semua. 

7 Zulkaedah 1433H


AKU SEORANG MUSLIMAH BIASA ♥




“Dia tak cantik, menggoda.
Tanpa bulu mata palsu,
Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.
Ada macam tak ada.

Matanya tak galak, tak redup,

Hanya mata biasa-biasa,
Kadang kala matanya terlihat bengkak dan sembab.
Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow,
Yang memang dia tak reti nak calit-calit tu.

Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu,
Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri,
Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.

dan dia, ya dia selesa begitu.

Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.
Dia tak peduli dengan pandangan orang, tak kisah dengan trend rakan-rakannya.
Bukan dia kedekut.
Cuma rasa tak perlu.
Menempek segala macam benda hanya untuk terlihat cantik.

Dan dia, ya dia selasa begitu.
Sederhana dengan caranya.
Bersyukur dengan apa yang dia ada.

Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak bergaya.
Dia tak peduli.
Dia malas ambil tahu.
Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki,
Dan tak pula berlebih – lebihan dalam gayanya.
Sedang dalam dengan cara begitu pun,
Dia masih tak sedap hati,
Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.

Susah menjadi dia?
Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat?
Itu lagi senang.
Senang dia nak jaga diri,
terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.

Susahnya menjadi dia?
Terasa nak mencuba, nak jugak terlihat cantik dan menggoda?
Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua godaan dunia”
“ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.

Dipujuk hatinya,
Walau terasa ingin mencuba,
dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba,
kalau dia turutkan kata hatinya.

Ya, biarlah.
Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana.
Yang kehadirannya tak disedari.

Ya, dia selesa begitu.”


7 Zulkaedah 1433H