Sunday 22 September 2013

APA YANG ADA



"Life is too short to waste time hating anyone"


Orang tak selalu ingat akan kebaikan yang kita buat kepada mereka, orang lebih mengingati kejahatan yang kita lakukan kepada mereka. Jika hati kita disakiti, berdoalah dan berjanjilah pada diri sendiri agar kita tidak akan menyakiti orang lain pula. Teramat susah menjadi orang yang baik, tapi tak susah untuk menjadi orang yang pemaaf. Belajar untuk menjadi insan pemaaf dan sabar. Tiada guna untuk menyimpan dendam kerana dendam itu tidak memberi emas dalam hidup dan tiada guna untuk membenci orang kerana masa terlampau singkat untuk kita berbuat demikian. 

"Manusia paling bijak ialah mereka yang sentiasa memeriksa diri dan memperbaiki diri. Setiap kali kita menyalahkan orang lain bererti kita banyak kesalahan. Betulkan diri sebelum kita betulkan orang lain."


"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat."


[Al-Hujurat:10]

Nukilan dari hati, pesanan buat diri, perkongsian buat semua.

17 Zulkaedah 1434H




No comments:

Post a Comment