Sunday 22 September 2013

SOMBONG


"Arrogance is never pretty nor it is attractive"

Jangan jadi orang sombong. Orang sombong suka membanggakan diri dengan kelebihan yang ada tanpa memikirkan bahawa kelebihan itu siapa yang beri. Orang sombong suka lupa akan siapa Pencipta dan sombong untuk bersujud kepada-Nya. Orang sombong suka memandang rendah akan kekurangan orang lain padahal kekurangan diri sendiri lebih rendah dari orang itu. Tak guna memiliki wajah yang cantik dan kacak, harta yang banyak, keluarga yang bahagia tapi tak tahu untuk BERSYUKUR. tak guna juga orang yang kurang dari segi hal tapi suka MENGELUH. Syukurilah dengan apa nikmat yang kita perolehi. Bersyukur dalam susah dan senang, sakit dan sihat, tua dan muda, sempit dan lapang, miskin dan kaya.



"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. "

[Luqman:18]

Nukilan dari hati, pesanan buat diri sendiri, perkongsian buat semua.

17 Zulkaedah 1434H



No comments:

Post a Comment