Friday 9 January 2015

2015



Salam buat pembaca, 


Dah masuk tahun 2015, masuk sembilan hari dah. Bak bagi sesetengah orang, 'Page 9 of 365'. Nak mengira untuk tiap-tiap hari ke? Kira azam baru la tu. Kalau betul tiap-tiap hari dibuat status begitu, aku salute. Moga istiqamah ye buat azam baru tu. Azam tahun baru? Dah buat azam masa masuk bulan Muharram hari tu. Tapi akan dipertingkatkan dan dimantapkan dalam tahun 2015 ni. Cheh ayat skema. 

Suka sangat gambar kat atas tu. Fresh and beautiful. My favourite flower, tulips. Sebagai gambar permulaan untuk first entri tahun ni. Kita start fresh and elegently beautiful gitu. Gambar tu jugak menunjukkan jalan yang lurus yang tak berapa nak lurus, ibarat perjalanan untuk satu kehidupan atau cita-cita yang kita nak gapai, seolah-olah membicarakan yang perjalanan kita di depan sana masih lagi jauh, nampak tapi samar, terang tapi tiada bersuluh. Adakah sudah banyak yang kita teroka sampai ke hari ni? Raup muka.

2014. Banyak yang aku pelajari dalam tahun 2014. Susah senang, tawa duka, kecewa gembira, dan banyak sekali mengajar aku tentang ketentuan Ilahi, redha dan tawakal. Alhamdulillah. Tahun 2014 adalah tahun yang penuh keberkatan. Sahabat-sahabat yang sungguh dekat dan rapat dengan aku menimang anak yang pertama dan ada juga yang mendirikan rumah tangga. Yup. Semua mereka sudah bertemu jodoh. Tinggal aku seorang. It's okay. Aku masih ramai lagi kawan yang belum kahwin. Masih sibuk nak menelaah ilmu dan menghabiskan degree. Enough dengan cerita kahwin dan anak, buatnya aku rasa nak kahwin pulak dah. Rasa nak kahwin tapi calonnya belum ada. Harus bagaimana lagi.  

Tahun 2014 juga aku dapat lesen memandu. Bulan March. Akhirnya, terbuka juga pintu hati papa suruh aku ambik lesen. Dapat izin pun jadilah sebab mostly duit pakai aku bayar lesen tu hasil duit aku sendiri. Kerja kat kedai makan, cuci pinggan, dan layan kerenah orang yang berbagai ragam. Aku lebih suka jika sesuatu yang aku inginkan, datang dari usaha aku sendiri. Papa aku mengajar tentang hidup berdikari. Macam mana nak cari duit sendiri. Ada hikmahnya juga aku kerja kat kedai makan tu, aku dapat jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah rendah aku dulu. And paling berharga, pengalaman bekerja sebegitu. Aku jumpa banyak orang yang hidupnya bukan sama dengan apa yang aku ada. Ada yang nak sambung belajar tapi tak dapat sebab kekangan dari keluarga, ada yang nak cari duit lebih berniaga kat situ, ada yang memang taknak sambung belajar nak cari erti kehidupan yang lebih bermakna, maksudnya, hanya merekalah tahu. Berjumpa dengan mereka sedikit banyak mengajar aku tentang tawadhu'. Mereka lebih mulia dan tak pernah berputus asa nak teruskan kehidupan biarpun pekerjaan yang ada bukanlah semewah yang ada diluar sana. 

Bercakap dengan mereka buat aku rasa segan bagitahu yang aku belajar di Curtin, belajar engineering. Segan bukan apa, banyak kali dah hasrat untuk berputus asa bertandang dalam diri aku. Aku belajar di sebuah universiti swasta dan memang sudah sedia maklum bukannya murah. Apa yang aku dapat tiap-tiap hari adalah sesalan. Kalau diikutkan dengan batch asal aku, aku sepatutnya habiskan degree hujung tahun 2014. Aku masuk Mid-July 2015 punya batch but aku kecundang, and dijangkakan akan habis hujung tahun 2015, still kecundang. Lastly, Mid-July 2016 la harapan terakhir aku. Yup. I messed up. 

Aku segan bukannya apa, mereka pandang tinggi terhadap aku and mengagungkan aku seumpama aku bijak pandai tapi hakikat sebenarnya aku bukanlah sehebat yang mereka sangkakan. Aku bukanlah sehebat yang mereka sangkakan. Ayat ini sangat meruntun jiwa aku. Aku bukan hebat, aku takda bakat, nak tiup belon pun aku tak pandai. Aku rasa segan bila ada yang jadikan aku idola mereka, ada juga yang berubah jadikan aku sebagai insipirasi dan ada yang nak jadikan aku isteri mereka. Eh? Jangan tanya. 

Ya aku bukan hebat. Mereka yang menganggap aku sebegitu membuat aku jadi tak keruan. Mana hebatnya aku dilihat mereka. Mana diri aku yang menjadi pujaan. Tidak. Aku tidak mahu diagung-agungkan. Aku bukan apa kalian sangkakan. Itu semua Allah yang tutup aib. Allahu. Tapi aku rasa bersyukur, ditemukan dengan mereka dan mereka dan mereka. Mereka berkata aku idola mereka, dan aku berkata merekalah inspirasi, motivasi, semangat dan sinaran pabila aku mulai rasa kecewa, putus asa dan tiada harapan. Senyum sikit. Aku bukanlah hebat, tapi aku sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk mendapat redhaNya. Itu matlamat hidup aku. Biar aku nampak buruk baik di mata manusia, jangan aku jadi hina di hadapanNya. Jangan.



Banyak yang aku ingin perbaiki diri aku. Sangat banyak. Kalian pun tentu rasa apa yang aku rasa. Aku cuba muhasabah diri tiap-tiap hari. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi. Semestinya hikmah semester aku extend, aku dapat praktikal tahun ni. Aah. Aku tak dapat praktikal. Aku sepatutnya buat praktikal cuti 3 bulan ni. Dan aku tak dapat tempat. Gila tak sedih. Dekat sebulan aku cuba pujuk diri aku jangan nangis tiap-tiap malam lagi dan didik hati supaya redha. Ya. Bukan senang. Tapi aku harus. Aku tidak mahu kesedihan aku meracuni diri aku. Aku tak mahu jadi orang yang menyalahkan takdir. Aku tak mahu jadi orang yang lemah. Biar orang fikir aku apa, asalkan aku tahu aku siapa. 


Aku mahu tahun 2015 memberikan apa yang aku mahu untuk perbaiki diri. Yang paling penting, focus on good. Aku baru masuk 23 tahun pada 15 Rabi'ulawal 1436H lepas. 15 Rabi'ulawal 1413H adalah tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Rasa macam tak percaya 23 tahun dah aku hidup dalam dunia. Banyak yang aku pelajari dan lebih banyak lagi aku belum terokai. Sempat aku tangkap tweet seorang akhi yang tak dikenali. "Life is good. Alhamdulillah." Ya. Hidup ini indah. Bersyukurlah masih hidup. 2014 juga mengajar aku tentang kepercayaan. Jangan mudah untuk percaya. Itu mantera baru aku. Bila kepercayaan aku diragut, aku rasa apa guna lagi untuk mempercayai jika tiada yang memahami. Aku harus berhati-hati membezakan apa itu lawan, apa itu teman. 


Agaknya sampai disini saja coretan aku yang tidaklah seberapa indah. Asalnya bukan ini yang aku mahu jadikan entri pertama, tapi aku jadi kacau bilau dengan kicauan burung dan perhatian aku menjadi lari. Tapi aku ada selitkan "redha" sikit di situ. Aku mahu menulis sesuatu yang aku inginkan luahkan. Mungkin aku akan perbaiki sikap "mudah terlalai" aku. Ada sikit kelainan yang aku akan buat pada entri-entri yang akan datang. Mungkin aku akan teruskan berbicara tentang aku, siapa aku dan meneruskan perkongsian naluri aku sepertimana aku lakukan pada entri sebelumnya. Mungkin. Ya. Untuk pengetahuan, semua entri-entri yang ada dalam blog aku adalah kata-kata naluri aku sendiri. Bukan dicedok dari sesiapa, hanya cedokan dari sendiri. Kebanyakan yang aku tulis adalah dari mukabuku (facebook) aku yang lama. Perkongsian itu amat berharga, amat rugi jika aku buang begitu sahaja. Makanya aku kopi pasta ke dalam blog aku. Sampai kita berjumpa lagi. Moga Allah redha.



"Tidak ada satu musibah pun menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepadanya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[At-Taghabun: 11]



Ayat yang aku paling suka. Tengah menaip dengar lagu Magic!, Let Your Hair Down. Entah apa yang spesial sangat lagunya sampai diulang banyak kali.


Keep smiling. It's Sunnah. It's charity. It's free.


17 Rabiulawal 1436H 




No comments:

Post a Comment