Sunday 11 January 2015

DREAM




Salam buat para pembaca,

Rajin pulak aku nak update blog bagai kan. Takda kerja, apa kata aku luangkan masa kat blog. Tapi kan masalahnya, idea selalu datang tengah-tengah malam gitu. Sedap tak gambar atas tu. Sedap kan. Dari gambar pun boleh nampak sedapnya. Boleh agak tak aku nak tulis tentang apa ni. Main berteka-teki la pulak kan. Tajuk pun "Dream", so apa kaitan gambar comel lote tu dengan tajuk. 

Sedia maklum aku ambik course chemical engineering. Memang pilihan aku nak jadi engineer. Aku suka juga menulis, menulis sajak tu hobi aku. Nak kata minat, baking and cooking. Yes! Especially baking. Aku suka benda-benda manis ni. Sweet tooth la katakan. Salah satu impian aku adalah nak bukak kedai pastri. Kalau dalam french, patisserie. Oh my! Nak berbicara tentang ni pun aku rasa nak loncat-loncat. 

I'm a dreamer. Tak salah pasang impian. Aku kira bila dah 8 tahun dah jadi official Process Engineer, nak bukak kedai pastri ni. Kalau jodoh datang awal (kahwin), and ditakdirkanlah pulak aku ada anak, aku nekad nak kurangkan kerja sebagai engineer. Aku nak fokus jaga anak aku sendiri. Aku taknak orang lain yang jagakan. Aku nak mereka dari bayi hingga ke besar, tangan aku ni yang jaga anak aku sendiri. Aku dah tengok and alami sendiri dijaga oleh orang lain, tambahan jaga anak orang lain pun aku pernah. Aku tengok bonding anak and parents macam longgar so aku taknak benda tu terjadi kat aku nanti. Bukan aku nak cakap benda tu salah, tapi kita sebagai generasi yang baru dan akan melahirkan generasi yang akan datang, rasanya benda tu boleh diubah. Apa pulak melencong cerita pasal anak pulak dah. 

Okay balik dengan cerita asal. Kalau aku ditakdirkan ada anak, anak dah besar sikit, patisserie ni la aku nak bukak. Buat kat rumah sendiri pun jadilah. Upah orang, siapa nak tolong aku, macam-macam la benda tu boleh difikirkan nanti. Aku cenderung kepada French pasteries. Wah! Sedap tau. Benda-benda manis ni boleh buat aku happy. Lagaknya macam budak kecik padahal dah tua, perangai masih tak semengah. 


Siapa tak jatuh cinta. Kan! Aku nak ambik kursus buat French pastries kat French nanti. Nak applynya aku belum tahu, aku masih nak fokus habiskan degree and jadi engineer dulu. Nanti-nanti dah cukup masa, aku fikirkan. Taknak pulak jadi angan-angan mat jenin kan. Aku dah syorkan impian aku ni kat mama and papa. Mereka sokong. Keberkatan dari ibu bapa tu paling penting dalam nak buat apa-apa keputusan. Selebihnya, kita serahkan kepada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan dan perancangan Allah lebih lagi dari kita sangkakan. Gembiranya!

Apa yang buat aku terdorong nak melibatkan diri dalam bidang perniagaan, Rasulullah S.A.W sendiri pernah bersabda:

"Ceburilah kegiatan perniagaan kerana di dalamnya terdapat sembilan persepuluh sumber rezeki."

[Hadis Al Tirmizi]


Nah. Apa lagi kita nak sangkalkan, memang betul pun. Orang asing lebih tahu benda ni dari kita, itulah sebabnya orang asing banyak berebut-rebut nak jadi ahli perniagaan. Kita sebagai orang Islam sepatutnya lebih maju ke hadapan. 



Tengok gambar kat atas tu, kedai macam tu la impian aku. Buat tepi rumah ke (kalau dah ada anak), sewa kedai ke (kalau belum kahwin). Nampak mengasyikkan bukan. Tak sabarnya! Wahai Encik Suami, tengoklah impian bakal isterimu ini, boleh tak jadi isteri yang membanggakan? Berangan ke situ pulak aku. 

Di samping buka kedai pastri ni, aku juga ada pasang impian nak cipta clothing line aku sendiri, tudung, telekung, dan jubah atas nama aku sendiri. Bella dan Neelofa ikon pengerak utama aku, aku nak contohi mereka. Lawaknya masa kecik dulu pernah nak jadi fashion designer, nak reka dan jahit sendiri baju nikah. Tapi tak jadi la, berangan je lebih. Aku pernah pasang angan-angan nak jadi pilot juga dulu, sebab aku suka sangat tengok airplane. Kat kampung aku, dalam sehari memang tak sah tak tengok kapal terbang kat atas. Tapi impian tu terkubur macam tu je sebab dulu ada orang cakap kalau perempuan bawak kapal terbang alamatnya masuk ke dalam laut nanti. Lawaknya zaman dulu-dulu. Sekarang banyak je perempuan jadi pilot. Salute sangat-sangat! Especially Kapten Fizah. Bangga dekat awak!

Dalam cipta impian ni, memang tak sah kan kalau nak letak nama apa. Kalau untuk clothing line aku, aku nak letak nama Atiqa. Kalau untuk patisserie aku, Vanilla Sugar! Aku suka sangat vanilla. Sweet and at the same time ada rasa pahit sikit. Bittersweet eil. But I'm not sweet. I'm hopeless romantic. Apa kaitan dah. Itu sebab kenapa nama blog, twitter and ask.fm aku vanilla. Hari tu ada yang tanya kenapa, sekarang aku dah bagi jawapan. 

Dah panjang lebar coretan ni. Moga Allah masih panjangkan umur untuk aku merealisasikan impian aku. Kalau ditakdirkan aku tak sempat nak merasa, at least ada yang tahu impian aku ni dan teruskan melaksanakannya nanti. Moga Allah permudahkan segala urusan aku. Moga Allah berkati perjalanan aku untuk menghabiskan degree dan menjadi engineer. Aku percaya akan setiap perancangan yang Allah bagi, aku percaya jika niat kita disandarkan untuk redha Allah, inshaAllah, Allah akan permudahkan. So, bagi di luar sana punyai impian yang sama, ayuh kita sama-sama percaya akan diri sendiri dan terus istiqamah mencari hidayah dan ilmu Allah. Sama-sama kita doa moga Allah permudahkan segalanya. Senyum sikit. Sampai kita berjumpa lagi. Moga Allah redha.



Comel kan! Tu adalah pemangkin semangat. Moga tiap kali aku tengok, semangat nak gapai impian tu ada. Sendiri design tau, dengan pertolongan picsart, phonto dan instabox. Hahaha. Tengah taip dengar lagu kpop, ulang banyak kali tiga lagu. Spoiler by Epik High, Empty by Winner and 12.30 by Beast. Sekali sekala layan korea. 



Keep smiling. It's Sunnah. It's charity. It's free.

19 Rabi'ulawal 1436H


No comments:

Post a Comment